HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Jumaat, 2 Januari 2009

INILAH MASANYA


BN mula tabur rasuah politik di Kuala Terengganu
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ahad Jan. 2009 (Harakah Daily) 12:08:17 pm
Angkatan Muda Keadilan Malaysia memandang serius tindakan Barisan Nasional (BN) yang mula menyogok rakyat dan pengundi di Kuala Terengganu dengan 'rasuah politik' yang terlampau.

Tindakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang meluluskan peruntukan berjumlah RM200,000 bagi pembinaan jalan baru di DUN Wakaf Mempelam, dan juga kenyataan Menteri Besar Terengganu yang berjanji untuk meneruskan projek pembangunan bernilai RM5.8 juta di Kuala Terengganu sekiranya Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat untuk menerajui kawasan itu ternyata adalah satu bentuk eksploitasi wang rakyat demi menjamin kemenangan BN yang semakin terdesak.

AMK tegas berpendapat bahawa dana kerajaan negeri dan persekutuan yang datang daripada kutipan cukai rakyat tidak wajar diseleweng sewenang-wenangnya oleh BN hanya kerana mereka memegang tampuk kuasa ketika ini.

Apa yang mengejutkan ialah kenyataan Menteri Besar Terengganu bahawa sukar untuk kerajaan meneruskan agenda pembangunan jika sekiranya Parlimen Kuala Terengganu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

AMK mempersoalkan tindakan Menteri Besar Terengganu dan BN yang ternyata mengamalkan demokrasi selektif mengikut nafsu serakah mereka, hanya untuk memastikan mereka terus berkuasa. Apakah rakyat boleh dinafikan dengan pembangunan hanya kerana mereka tidak mengundi BN?

Melihat kepada sogokan demi sogokan yang diberikan oleh BN ini, maka AMK menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat memainkan peranan yang aktif dan tegas dalam membanteras kegiatan 'rasuah politik' yang berleluasa berlaku di Kuala Terengganu pada ketika ini. AMK juga akan mengambil tindakan drastik untuk mengemukakan laporan kepada polis dan SPRM agar tindakan ini dapat dikekang daripada berlaku berterusan.

BN perlu sentiasa akur, bahawa rakyat dan pengundi bukan semudah itu untuk digula-gula dan diperbodohkan dengan sogokan pembangunan, sebaliknya rakyat akan terus celik untuk menghenyak BN untuk mengembalikan hak rakyat yang telah dilapah sejak sekian lama.

Projek pembangunan menanti rakyat
KUALA TERENGGANU 3 Jan.2009 (Utasan Malaysia)- Projek pembangunan bernilai kira-kira RM5.8 juta akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri di Kuala Terengganu selepas pilihan raya kecil kawasan Parlimen itu pada 17 Januari ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, projek berkenaan termasuk RM2 juta untuk membaiki longkang serta jalan raya yang rosak manakala RM3.8 juta lagi untuk projek-projek kecil.

Justeru menurutnya, amat penting bagi rakyat untuk memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya kecil itu supaya pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan.

''Saya sasarkan kita memperoleh kemenangan dengan majoriti 2,000 undi, jika lebih daripada itu kerajaan negeri tidak kisah untuk menambah lagi peruntukan pembangunan kawasan ini,'' ujarnya ketika berucap pada majlis jamuan rakyat di sini hari ini.Menurut Menteri Besar, sukar bagi kerajaan negeri untuk melaksanakan pembangunan yang dirancang jika Parlimen Kuala Terengganu jatuh ke tangan pembangkang.

Beliau memberi contoh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam yang ketinggalan dari segi pembangunan kerana dikuasai Pas sejak 1990.''Bagaimana wakil rakyatnya mahu membangunkan kawasan itu sedangkan beliau bukan daripada parti memerintah. Inilah keadaan yang berlaku jika sesebuah kawasan itu jatuh ke tangan pembangkang,'' ujarnya.

Justeru katanya, rakyat harus faham dan mengamalkan pepatah 'orang memberi kita merasa' iaitu membalas segala kebaikan yang dibuat oleh kerajaan dengan mengundi BN pada pilihan raya kecil kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan