JANGAN CEMARI PILIHAN RAYA KECIL
KUALA TERENGGANU 5 Jan.2009 (Utusan Malaysia) - Penyokong parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu digesa supaya tidak melakukan kekasaran atau perkara bertentangan undang-undang yang boleh mencemarkan perjalanan pilihan raya itu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perjalanan pilihan raya kecil itu tidak wajar dicemari dengan insiden seperti yang berlaku di Permatang Pauh apabila seorang jurugambar dibelasah oleh sekumpulan penyokong pembangkang.
Katanya, beliau difahamkan bahawa polis telah menempatkan anggota tambahan di bandar raya ini dan semua pihak perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan.
''Saya berbual dengan Datuk Seri Syed Hamid Albar (Menteri Dalam Negeri) tadi dan beliau memberitahu saya bahawa polis telah menempatkan anggota Pasukan Gerakan Am di sini sebagai tambahan.
''Jadi kekuatan polis mencukupi dan di samping itu saya berharap semua pihak sama ada pihak lawan atau kita sendiri tidak melakukan kekasaran atau mengambil sesuatu yang bertentangan undang- undang yang boleh mencemarkan perjalanan pilihan raya di Terengganu," ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat jentera pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu di sini hari ini. Mengenai penahanan lima orang penyokong pembangkang awal pagi ini kerana membuat kekecohan jelasnya, polis boleh menahan sesiapa saja yang membuat kekacauan dan melanggar undang-undang.
''Itu tindakan polis, sesiapa pun boleh ditahan, orang Barisan Nasional (BN) pun boleh ditahan jika buat kacau," ujarnya. Najib memberitahu, jentera BN kini bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil ini dan persiapan rapi sudah dibuat sebaik nama calon diumumkan.
''Kita mengumumkan calon lebih awal dan salah satu sebab mengapa kita buat begitu supaya kita dapat masa yang panjang untuk membuat segala persiapan.
''Pemimpin UMNO dalam bahagian ini pun menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menggerakkan jentera kita," ujarnya.
Menurutnya, BN sedar akan menghadapi persaingan sengit pada pilihan raya kecil ini, namun parti itu sudah bersedia untuk mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan daripada jatuh ke tangan pembangkang.

BERITA DARI KUALA TERANGGANU
Solat hajat iringi perarakan calon PAS di Kuala Terengganu
Intan Abdullah dan Khairul Azlan Tue Jan 06, 09 9:39:25 am
KUALA TERENGGANU, 6 Jan (Hrkh) - Proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu bermula hari ini.
Di perkarangan stadium negeri penyokong-penyokong Pakatan Rakyat sebanyak 30,000 orang berkumpul selepas mengiringi perarakan yang bermula dari Surau Taman Permin Jaya, Jalan Pusara pukul 8 pagi tadi. Sebelum itu kira-kira pukul 7.30 pagi, solat hajat dilakukan di surau tersebut.
Kira-kira pukul 9.20 pagi, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endot memasuki pusat penamaan calon diiringan Presidennya, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat. Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin juga turut berada di pusat penamaan calon.
Setakat ini tiga calon kelihatan memasuki Stadium iaitu calon PAS, calon BN Dato' Wan Farid dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun Mohamad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan