Sudah lama saya ingin mengambil pokok Tanduk Rusa yang terletah di kebun getah kepunyaan Abang Ishak (Orang di sini panggil Ak) . Setelah selesai menghantar anak ke sekolah saya terus ke kebunnya. Motosikal yang saya pandu hampir tergelincir di sebabkan jalan licin. Berapa hari yang lalu kawasan ini telah mengalami hujan yang sangat lebat menyebabkan jalan berlecah.
Kebetulan semasa saya tiba di kawasan ini, Saudara Asri sedang menoreh getah, dia mengambil upah daripada kebun abang Ak. Saya meminta jasa baiknya untuk mengambil pokok Tanduk Rusa yang terletak di celah dahan pokok getah. Jaraknya lebih kurang 3 meter dari paras tanah, dia terus mengambil tangga di rumahnya yang terletak hanya merapa meter dari lokasi pokok yang saya temui.
Saya sempat merakam gambar pokok Tanduk Rusa yang diambilnya. Setelah selesai saya terus ke rumahnya untuk mengambil gambar kambing di kandangnya yang terletak tidak jauh dari tempat kediamannya. Sebanyak 17 ekor kambing baka kampung serta berapa ekor lembu yang dipeliharannya membiak dengan sempurna tanpa menghadapi masaalah diserang penyakit yang merbahaya. Setakat ini beliau masih mengusahakan ternakan secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan keluarga.
Arkib tibla : Mengambil pokok Tanduk Rusa di dahan pokok getah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan