HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Ahad, 15 Mac 2009

PANTASNYA MASA BERLALU

@ tiblakedah.blogspot.com
Sudah hampir tiga bulan saya tidak menjenguk ke kebun getah milik isteri yang letaknya satu kilometer dari rumah. Hajat saya sebenarnya hendak ke Pancur Pokok Sena untuk melihat projek ternakan ikan keli yang dipelihara di dalam bekas khas yang diperbuat daripada kanvas.
Saya menyusuri jalan pintas melalui kebun getah milik isteri dan penduduk tempatan di sini. Saya berhenti seketika bila bersua dengan saudara Asri yang pernah saya menemubual. Dia berasal dari Baling, Kedah.
Dia memberitahu kepada saya bahawa sudah hampir seminggu dia tidak pergi menoreh di sebabkan hujan. Mujurlah dia mengusahakan ternakan kambing kampung baka biasa jadi bolehlah dia menambah pendapatan yang sedia ada. Setakat ini kambing peliharaannya sudah berjumlah sebanyak 17 ekor, termasuk tiga ekor jantan dan 14 ekor betina.
Saya tiba di projek ternakan ikan keli pada pukul 11 pagi dan kebetulan saudara Abd Rahim baru balik dari Bukit Tembaga kerana urusan pembelian benih anak ikan keli. Kami berbual panjang tentang projek ini bermula daripada penyediaan tapak, pembelian benih, makanan ikan dan kemudahan pemasaran yang diperolehi. Walau bagaimanapun ini semuanya saya akan siarkan di dalam blog saya : http://kedahkujua.blogspot.com/. Jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan