HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Ahad, 24 Mei 2009

ANTARA SUASANA DAN KEHIDUPAN


@ tiblakedah.blogspot.com
Dalam kesibukan ibu kota dan saling mengejar masa tidak kira sama ada siang atau malam kadangkala menyebabkan penghuninya terbelenggu dengan rutin harian yang menyesakkan dan membosankan. Seawal pagi selepas solat subuh, kita berdepan dengan suasana berlumba-lumba untuk bergegas ke tempat kerja dan merempuh kesesakan jalan raya yang memenatkan kerana pada masa yang sama terpaksa berebut-rebut dengan warga kota yang lain.

Keadaan yang sama berlarutan dari sehari ke sehari yang kadangkala mencecah ke sebulan atau bertahun tanpa disedari. Untuk mengubatinya, anda perlukan sesuatu kelainan dalam kehidupan agar semangat kembali segar, lebih bermakna dan tenang dengan berkunjung ke kampung sempena cuti persekolahan dengan menikmati suasana kehijauan tenang dan damai.

Di kawasan kampung di kelilingi dengan pokok-pokok rimbunan dedaun serta bunga-bungaan pelbagai jenis menjadikan sekitar kawasan persekitaran begitu aman sekali. Di kawasan sawah pula tanaman padi hidup subur menghijau dengan ikan-ikan berkeliaran berenang di dalam sawah. Para petani pula sibuk membersihkan kawasan sawah, kelihatan burung bangau berkeliaran mencari makan di kawasan tersebut sambil memerhati jika ada ikan yang akan timbul.

Inilah masanya, peluang yang ada seharunya diisi dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokan, kita boleh memancing, pergi ke kawasan hutan mencari tumbuhan liar untuk hiasan taman. Aktiviti menembak sama ada burung atau binatang yang dibenarkan, di kawasan hutan amat menyeronokkan. Di kawasan sungai pula anda boleh mandi sepuas-puasnya, aktiviti–aktiviti yang anda lakukan sekurang-kurangnya dapat mengurangan kebosanan bila anda balik ke pejabat nanti. Selamat memandu serta hati-hati semasa di jalan raya.

Get this widget Track details Hujan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan