HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Khamis, 18 Februari 2010

SELAMATKAN HUTAN KITA

'DETIK KEMBARA' Kawasan pembalakan di Kuala Pai, Kuala Nerang, Kedah @ saya tercedera semasa melalui jalan curam dan berbatu, motor yang saya naiki hilang kawalan, saya menerima tiga jahitan di siku, kawasan ini lengang dan kurang dilalui, saya bersyukur kerana hanya cedera ringan, dalam keadaan berdarah saya meneruskan perjalanan ke rumah se jauh 13 km - 17Febuari 2010 5.45 petang@tiblakedah.blogspot.com
Bumi kini sedang mengalami “demam panas” akibat pemanasan global yang turut membawa bersamanya iklim dunia yang semakin kucar-kacir. Nyata sekali pembangunan yang dijalankan oleh manusia saban hari menukar alam kita yang dahulunya serba hijau menjadi seakan-akan tidak bermaya lagi.

Berehat, minum petang dan berbual dengan pengusaha Restoran Restu Ilham di Wang Tepus sebelum menuju ke kawasan pembalakan di Kuala Pai, Kuala Nerang.
Salah satu faktor yang menyebabkan perubahan keadaan iklim adalah pengeksploitasian sumber hutan. Sumber hutan yang berperanan menjadi kawasan tadahan dan menyederhanakan suhu sekitar semakin berkurangan akibat daripada kerakusan pihak pemaju.

Pemandangan sisi di hadapan Restoran Restu Ilham.
Penebangan pokok yang berterusan menyebabkan menjadi semakin kontang dan terdedah secara langsung kepada pancaran matahari. Keadaan inilah yang menyebabkan suhu di bumi semakin tinggi, kenaikan aras laut, pemecahan glasier,perubahan angin monsun yang ketara,jerebu dan kesan rumah hijau.

Melalui kawasan dusun buah-buahan sebelum tiba ke kawasan pembalakan.
Gejala ini membawa kesan buruk kepada haiwan, tumbuhan dan manusia sendiri. Apakah hal ini perlu dibiarkan berterusan tanpa satu tanda noktah ? Ia bergantung kepada manusia itu sendiri. Manusia perlu berfikir dengan baik supaya dapat menyelamatkan bumi ini daripada terus terpupus.

Pondok tanpa penghuni, hanya diguna semasa musim buah-buahan.
Oleh hal yang demikian untuk mengelakkan hutan daripada terus pupus akibat manusia durjana maka beberapa langkah perlu diambil supaya perkara ini tidak berterusan. Antara langkah yang boleh diambil ialah penanaman semula hutan, kitar semula, kempen kesedaran dan penggunaan sumber tenaga yang mesra alam.

Kawasan pembalakan di Kuala Pai, Kuala Nerang.
Kejayaan melaksanakan tugasan ini akan memberi keselesaan dan keselamatan kepada penduduk. Islam mengajar kita supaya sentiasa mengamalkan suruhannya dan menjauhi segala larangannya. Mencegah kemungkaran adalah tanggungjawab bersama bagi mengelakkan dosa dan kemaksiatan berleluasa.

Dari sudut alami pula ia berkaitan dengan aktiviti kehidupan seharian manusia yang tidak bertanggungjawab.
Dalam Al-Qur’an ada dijelaskan melalui firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah Ar-Rum ayat 41 mafhumnya: “Telah zahir kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan oleh perbuatan tangan-tangan manusia supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).

Akhir kata, wahai manusia sedarlah akan perbuatan kamu itu! Bukan kamu memusnahkan hutan malah memusnahkan dirimu sendiri. Jikalau setiap manusia sedar tantang kesalahan mereka maka masalah penghapusan hutan ini tidak akan wujud sama sekali. Kita adalah penyumbang ke arah tersebut, jika kita tidak berusaha membantu memelihara persekitaran yang ada maka masa depan bumi kita akan ditimpa kemusnahan akibat tangan-tangan manusia sendiri.

Oleh itu diharapkan ada keinsafan kepada manusia yang hidup kini tentang pentingnya menjaga alam sekitar yang semakin teruk terjejas. Semua ini adalah untuk kesejatheraan hidup kita dan generasi kita yang akan datang. Oleh sebab itu, marilah kita bersama-sama ke arah kehidupan yang lebih hijau, tenang, dan selesa.

CUACA DI MALAYSIA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan