Kubur dipenuhi pepohon yang indah
Kalau ilmu tidak diamalkan
Ibarat pokok tidak berbuah
Kebersihan di Alor Setar sudah berubah
Bandarnya indah ramai pelawat
Akhlak yang baik jangan diubah
Selamat di dunia selamat akhirat
Ziarah ke kubur selepas Zohor
Perkuburannya tersusun dengan teliti
Pohonkan doa kita bersyukur
Kedah sejahtera rakyat nikmati
Tempayan di ganti sebagai perigi
Airnya bersih tidak berkarat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat
Pergi ke kubur memakai jubah
Tunggu sehingga di waktu Azar
Jika sudah kehendak Allah
Di timpa musibah banyak bersabar
Kubur di sini bagaikan taman
Bunga di tanam setiap penjuru
Kalau muda jadikan teman
Kalau tua jadikan guru
Datang ke kubur berhati-hati
Salam diberi semoga diberkati
Orang yang muda kita dekati
Orang yang tua kita hormati
Ziarah ke kubur amalan mulia
Isnin Kamis sunat berpuasa
Jadilah insan berhati mulia
Baik hati berbudi bahasa
Katakanlah : “ Sesunguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”
(QURAAN SURAH, 62:8)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan