Kawasan ini kami tanam rambutan, dokong, pisang, nenas dan sayur -sayuran di kawasan sawah terbiar yang kami usahkan setahun yang lalu selepas bersara.
Kolam ikan keli yang menempatkan 100 ekor ikan. Boleh dituai sebulan lagi, pada bulan Mac. Anda suka ke?, datanglah ke sini untuk menikmati cuti-cuti Malaysia.
Pisang kapas enak untuk makan setelah masak atau di buat sayur lemak cili api. Kari ikan masin dengan pisang pun ok. Ia mudah ditanam dan senang dijaga.
Bilik belakang diambil dari kebun, kelihatan pokok rambutan, ubi kayu dan kambing biri-biri @ gambar diambil waktu petang.
"Bila kita membuat sesuatu hanya memikirkan keuntungan, kita akan menemui kegagalan jika kita melakukannya atas minat dan mencari kepuasan kita akan menemui kedua-duanya". - fikir-fikirkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan