HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Isnin, 1 Februari 2010

JALAN-JALAN YANG PASTI KITA ALAMI

Perjalanan melalui kawasan yang hijau tenang dan damai @ jalan pintas dari Jabi ke Dehrang@tiblakedah.blogspot.com
Sering kali orang berbicara soal kepuasan hidup. Ia selalu dikaitkan dengan harta kemewahan. Ada yang menginginkan sesuatu perkara yang dihajatinya sudah tercapai, ia akan merasa puas. Namun apa yang dikecapinya sementara saja. Soal kepuasan bergantung kepada matlamat dan tujuan hidupnya di dunia ini. Saya tidaklah arif untuk membincangkannya, namun apa yang kita lalui dan rasai itulah kehidupan sebenar yang di alamnya.

Pagi ini saya berpeluang untuk melawat kawasan pendalaman di Jabi melalui jalan sawah, kebun getah dan hutan. Perjalanan di kawasan ini memakan masa selama 15 minit dengan kelajuan yang minima. Kawasan yang dilalui cukup sunyi kerana rumah yang ada diselang seli dengan kebun.

Jalan yang dilalui kebanyakan jalan tar. Hanya tidak sampai berapa meter saja jalan tanah merah. Saya kira jarak perjalanan di kawasan ini hanya sejauh 3 km. Suasana amat redup.

Sekali sekala bertemu burung-burung berkeliaran di kawasan hutan berdekatan. Saya kira mungkin tiada binatang buas di sini. Sungguh seronok dan santai semasa melalui jalan ini. Apa tidaknya dengan keadaan jalan yang sunyi, sekali sekala kedengaran bunyi kicauan burung memecah kesunyian perjalanan.

Perjalanan ini pastinya memberi pengalaman yang berharga buat saya, namun ia bergantung kepada minat seseorang. Banyak yang kita lihat, banyaklah yang dapat kita pelajari. Semoga perjalanan terakhir kita akan menemui jalan yang selamat di dunia dan akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan