Kebiasaannya pokok limau nipis adalah rendah dan rendang atau pokok renek yang tinggi dan boleh ditanam sama ada terus di tanah atau di dalam bekas. Pokok limau kelihatan sangat menarik dan boleh ditanam sebagai tanaman hiasan.
Selain dicampur dalam masakan, dibuat jus minuman dan diperah ke dalam buahan seperti betik untuk menambahkan rasa yang enak bila memakannya. Limau nipis banyak gunanya. Selain daripada menjadi salah satu ramuan dalam masakan, ia juga boleh digunakan untuk merawat kecantikan.
Di bawah adalah sebahagian kegunan yang diketahui umum, adalah seperti berikut :-
1. Merawat kelemumur - pilih limau nipis yang banyak airnya, hiris dan gosokkan pada kulit kepala. Untuk permulaan, amalkan tiap-tiap hari selama 2 minggu. Selepas itu bolehlah kurangkan penggunaanya sebanyak 2 atau 3 kali seminggu.
2. Memutihkan kulit dan menghilangkan bau badan atau wajah - hiris limau nipis, gosokkan pada kulit badan atau muka yang telah dibersihkan. Biarkan sampai kering. Kemudian bolehlah dibilas dengan air bersih. Kandungan vitanin C di dalam limau nipis boleh bertindak untuk memutihkan kulit.
3. Menyegarkan kulit wajah - limau nipis yang telah dihiris digosok pada kulit wajah yang sudah dibersihkan, biarkan kering dan bilas dengan air suam. Wajah akan kelihatan segar.

Keindahan bukit bukau, sawah padi, tali air yang jernih airnya dan pokok-pokok yang menghijau mengamit kehadiran anda untuk ke sini @ gambar pokok limau diambil dari tempat rehat yang disediakan.
Natijahnya, ia sangat baik digunakan secara semulajadi di samping dapat menjimatkan kos perbelanjaan keluarga dalam kehidupan harian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan