HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Jumaat, 12 Februari 2010

MENANGKAP IKAN MENGGUNAKAN TAUT

Wakap tempat berteduh di tepi sawah padi @ lokasi Titi Haji Idris, Langgar, Pokok Sena, Kedah.@tiblakedah.blogspot.com
Petang itu saya keluar untuk tujuan mengambil gambar video jambatan kayu dan kawasan pesekitarannya. Jam menunjukkan sudah pukul 6.00 petang namun cahaya matahari masih terik dan memeritkan badan.

Papan tanda untuk ke Langgar melalui jalan Titi Haji Idris.
Saya bercadang untuk pergi ke Pendang, namun akibat kesuntukan masa perjalanan, saya terpaksa mengambil gambar video di kawasan Titi Haji Idris di kawasan Langgar. Saya tiba di sana dalam pukul 6.30 petang.

Kawasan menangkap ikan di Titi Haji Idris, Langgar, Pokok Sena.
Saya melihat ada seorang sedang memasang taut untuk menangkap ikan haruan. Beliau datang dari kawasan persektiran bila menjelang waktu petang. Taut dibawa dengan motor dan umpannya diletakan dalam raga motor.

Taut sangat dikenali di kampug saya di Lekir Perak. Ia diperbuat daripada buluh yang dibelah dan diraut mengikut saiz yang sesuai sekitar 3 kaki 1/2 inchi lebar dan bahagian hujung biasanya ditiruskan dan dipasang dengan tali . Pada mata pancing dicakuk dengan anak ikan untuk dijadikan sebagai umpan.

Kebiasaannya anak ikan yang kami gunakan dan mudah diperolehi ialah ikan sepat. Di sini saya lihat mereka gunakan anak ika puyu. Ikan puyu dichakokkan pada mata pancing. Kemudian batang pancing tadi di cacakkan di tepi sungai dengan keadaan umpannya terrendam di dalam air.

Pemandangan waktu petang di Titi Haji Idris, Langgar, Pokok Sena.
Pancing ini dibiarkan dalam keadaan anak ikan yang dicucuk pada pancing itu bergerak-gerak tampa henti. Pada masa inilah haruan akan menyambar umpan tadai dan mulutnya akan tersangkut pada pancing itu tadi.

Taut yang ditahan selalunya melebihi 20 batang. Empunya taut tadi akan datang selepas pancingnya mengena kemudian diganti dengan umpan yang lain. Jika dia rajin, dia boleh memperolehi banyak ikan haruan. Bukan saja untuk makanan keluarga tetapi boleh juga menambahkan hasil pendapatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan