HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Sabtu, 13 Februari 2010

MEMUKAT DI SUNGAI MENGGUNAKAN SAMPAN

Memukat di sungai menggunakan sampan @ lokasi : sungai di Kepala Bendang, Pokok Sena - waktu petang
@tiblakedah.blogspot.com
Setiap minggu saya akan turun ke kawasan Pokok Sena, Alor Setar dan kawasan persekitaran. Namun sebahagian besar waktu lapang saya akan saya luangkan untuk melawat kawasan pendalaman. Di samping dapat menikmati keindahan suasana di kampung, ia memberi peluang untuk berkenalan serta dapat mengambil gambar-gambar yang menarik untuk di siarkan.


Hari ini saya turun melawat kawasan sungai di Kepala Bendang. Perjalanan hanya sejauh 12 kilometer dari kediaman saya. Ia memakan masa selama 20 minit.

Sebelum sampai ke sini, saya banyak meninjau dan melihat kawasan lain dengan memperlahankan motor saya.Ini meyebabkan saya tiba agak lewat. Kebetulan semasa saya sampai di sini ada orang sedang memukat ikan dengan menggunakan sampan. Kesempatan inilah saya gunakan untuk menggambil gambar.

Saya terus meletakkan motor di tepi jalan dan mengambil gambar yang sesuai untuk disiarkan di dalam blog saya. Walaupun sebelum ini saya ada menyiarkannya tetapi ia dilakukan di kawasan tali air yang airnya cetek.

Saya dapati mereka lebih kreatif dengan menggunakan sampan dan pukat yang panjang sekitar 100 meter. Manakala pukat yang di pasang merentani sungai dan tepi sungai memastikan ikan yang diperolehi bebaloi dengan apa yang mereka usahakan.

Semasa mereka memasang pukat, jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Saya bertanya kepada mereka bila pukat diangkat. Mereka menjawab” malam ni” jawab mereka ringkas. Lagi pun apa yang saya lihat mereka membawa lampu dan peralatan lain bersama mereka. Begitulah, jika kita mahu berusaha di situ ada jalan.

1 ulasan: