Mendiami kediaman di kampung dengan halaman yang luas berbanding kediaman di Bandar adalah satu kelebihan kerana boleh memanfaatkan ruang untuk membina taman idaman tanpa bimbang menghadapi ruang terhad.
Saya berpuas hati walaupun masih ada kekurangannya tetapi berjaya menggunakan ruang sedia ada dengan membina taman idaman sekeluarga untuk dijadikan tempat berehat sambil menikmati keindahan pokok-pokok dan mengambil udara luar setiap kali mempunyai masa terluang.
Penyelenggaraan yang mudah kini menjadi kriteria utama membina taman di kediaman kami kerana banyak masa yang terluang, maklumlah saya sudah bersara dari jabatan kerajaan dan segala pengelaman yang ada boleh dipergunakan.
Tiada konsep tertentu apabila kami membina taman, kerana yang paling penting ialah selesa dan penjagaannya mudah tetapi masih mengekalkan konsep hijau tenang dan damai.
Pembinaan pondok rehat dari bekas jelapang padi yang diubah suai sudah cukup menjadikan taman kami menarik. Ditambah pula dengan pemilihan tumbuhan yang ringkas, ternyata ia memberi keselesaan yang diharapkan.
Kebanyakan pokok-pokok yang kami tanam diperolehi dari kawasan persekitaran dengan percuma serta mudah dijaga dan kami tidak ketinggalan menanam pokok sireh sebagai penyeri taman bagi memastikan nampak lebih menarik.
Bagi menambahkan keceriaan, kami membena kolam serta meletakkan air pancuran tambahan di celahan batu-batu serta menanam pokok buluh madu bagi menyejukkan lagi mata memandang. Kolam pula kami memelihara ikan talapia merah supaya ia kelihatan menarik yang pastinya membuatkan kami teruja melihatnya.
Penggunaan batu-batu sungai di tepi pokok, mengurangkan kos perbelanjaan bahan penataan taman, malah ia cukup sesuai dengan konsep yang kami impikan. Bagi pemilihan pokok pula, saya lebih menyukai pokok berdaun kerana ia tahan lama dan lasak. Lagipun, penjagaannya tidak sesukar pokok berbunga. Paling penting taman yang kami bena senang diurus tetapi pada masa sama ia mendamaikan.

Pada masa ini setiap pembinaan taman sangat mementingkan kepada kehijauan dan keselesaan. Taman yang dibena mampu membuatkan kita semua yang berada dalam tekanan mampu meredakannya tanpa perlu pergi jauh. Ketenangan di depan mata cukup memberi kedamaian yang diimpikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan