Kanak-kanak disayangi, remaja didekati dan orang tua dikasihi itu natijahnya apabila kita berhadapan dan mendekati masyarakat. Di samping kita bersama keluarga atau masyarakat kita seharusnya tidak melupakan kanak-kanak yang mana mereka bakal menjadi pimpinan di masa hadapan.
Pemandangan di jalan masuk ke kg.Bukit Larik, Pokok Sena.
Saya bekesempatan mendekati kanak-kanak yang tinggal di kampung Bukit Larik, Pokok Sena. Ketika saya menghampiri kanak-kanak ini, mereka baru selesai bermain bola di kawasan padang berhampiran sawah yang baru dituai.Waktu itu jam hampir menunjukkan pukul 7.00 petang dimana waktu Magrib hampir tiba.
Kawasan berpagar elak dimasuki binatan ternakan di kg. Bukit Larik.
Kebanyakan yang datang ke sini tinggal di kawasan kampung berdekatan. Mereka datang dengan berbasikal yang dekat berjalan kaki. Ada juga yang sedang memancing tetapi tidak ramai.Mereka kelihat amat ceria dan santai bersama kawan-kawan.
Pemandangan di tepi sawah di waktu petang di kg.Bukit Larik.
Umur mereka sekitar tujuh hingga dua belas tahun. Mereka cukup gembira bersama kawan-kawan sambil menunjukkan kebolehan mereka apabila gambar mereka diambil. Begitulah kehidupan budak-budak kampung kerana mereka amat berbeza dengan kehidupan budak-budak di bandar. Walaupun mereka kekurangan kemudahan awam mereka sentiasa berdikari dan berkerjasama membina tempat mereka bermainan. Itulah kelebihan mereka.
Pemandangan indah hampir senja di kg. Bukit Larik.
Kita sebagai orang yang telah melalui zaman mereka sewajarnya mendampingi serta memberi nasihat agar mereka tidak terjebak dengan gejala yang tidak bermoral. Tidak bermakna mereka dikongkong tetapi diambil perhatian semoga mereka juga disayangi dan diperlukan dalam kehidupan yang kian mencabar.
NASIHAT LUQMAN HAKIM
• Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, ramai manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan Sampan yang bernama Takwa, Isinya ialah Iman dan Layarnya adalah Tawkkal kepada Allah.
• Hai anakku; orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari Allah juga.
• Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah, maka dia tawadduk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan