Nasihat menjadi tonggak penting dalam agama Islam, agar kebenaran dapat ditegakkan dan kebatilan turut dimansuhkan. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: ‘Agama adalah nasihat’, lalu sahabat bertanya, ‘untuk siapa?’. Baginda bersabda, ‘Untuk Allah, Rasul-Nya, Kitab-Nya, untuk para pemimpin dan orang ramai.’
Adalah menjadi tanggungjawab seluruh umat di semua peringkat lapisan masyarakat menegakkan nasihat bagi kepentingan semua.
Oleh demikian, melalui nasihat, pemimpin dapat membetulkan rakyatnya yang tidak betul, bahkan berpeluang memperbaiki dirinya sendiri agar menjadi teladan kepada rakyat.
“Pagi ini perhimpunan ini diteruskan sebab dalam Islam ni ada nasihat menasihati, iaitu saya adalah sebagai ketua, tuan-tuan sebagai orang yang dipimpin, ini struktur dalam organisasi.
“Rakyat boleh guna agama untuk nasihat pemimpin, tapi orang dah tak guna konsep ini. Dalam etika pentadbiran, kita ada pandangan ketua dan orang bawah. Sebagai contoh, Exco, pegawai kerajaan nasihat saya, bagi pandangan kepada saya,” jelas beliau pada perhimpunan bulanan warga Wisma Darul Aman.
Nasihat juga menjadi hak rakyat. Mereka berperanan menasihati pemimpin, sekiranya pemimpin mereka menyeleweng. Oleh demikian, hak rakyat untuk memberi nasihat tidak boleh dinafikan oleh kerajaan.
Justeru, kerajaan negeri Kedah berhasrat menubuhkan pusat pengaduan awam, di mana rakyat boleh buat aduan tentang beberapa perkhidmatan yang difikirkan memberi keselesaan serta kesejahteraan kepada rakyat.
“Dalam kita (kerajaan) berinteraksi dengan masyarakat, kita sebagai penggerak kerajaan, kita perlu mendapat pandangan ataupun feedback, termasuklah pandangan-pandangan orang ramai.
“Sebab itu, di negeri Kedah ini, kita telah putuskan tahun lepas untuk buat pengaduan awam, kita dah bercadang, tapi belum dilaksanakan,” ujar beliau. Selain itu, YAB. Menteri Besar juga menasihati para penjawat awam supaya bersyukur dengan nikmat yang diperolehi walaupun ianya kecil.
“Kita kena bersyukur, Rasulullah sabda, dalam hidup ini kita jangan tengok orang atas kita, kita kena tengok orang bawah kita, contohnya, kalau kita komen tak ada kasut, kita kena lihat ada orang yang lebih susah, tak ada kaki terus (cacat),” jelas beliau.
Tambah beliau, kerajaan juga sedang berusaha untuk menjadikan Kedah negeri yang bersih yang memberi banyak faedah kepada rakyat dan pembangunan negeri.
“Dulu banyak orang komen pasal sampah di Alor Setar, tapi Alhamdulillah sekarang dah bersih, contoh, baru-baru ini ada ada ketua kerajaan negeri mai sini, dia kata dulu Alor Setar cukup kotor, sekarang dah bersih.
“Ini adalah hasil pentadbiran kita, pegawai-pegawai kita, kita juga ada sungai boleh dibangunkan sebagai tempat pelancongan sebab bila ke mana-mana, pelancong mahu cari tempat yang bersih.
“Islam juga menyatakan bahawa kebersihan sebahagian daripada iman, jadi bila bersih, kita akan bersih batin, pemikiran kita bersih, jiwa kita bersih, jadi kita dapat jalankan tanggungjawab dengan selesa dan baik,” jelas beliau.
(Sumber : SITI ZALEHA ABDUL RAHIM - Portal Kerajaan Negeri Kedah)
Adalah menjadi tanggungjawab seluruh umat di semua peringkat lapisan masyarakat menegakkan nasihat bagi kepentingan semua.
Jambatan sebagai perhubungan rakyat dan pemimpin @ lokas: Jambatan Kepala Bendang, Tualang di kawasan Pokok Sena.
Menteri Besar Kedah, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, dalam organisasi pentadbiran serta kerajaan, ada pemerintah dan yang diperintah. Mereka ini saling memerlukan bagi memastikan segala tanggungjawab dapat dijalankan dengan sebaiknya.Oleh demikian, melalui nasihat, pemimpin dapat membetulkan rakyatnya yang tidak betul, bahkan berpeluang memperbaiki dirinya sendiri agar menjadi teladan kepada rakyat.
“Pagi ini perhimpunan ini diteruskan sebab dalam Islam ni ada nasihat menasihati, iaitu saya adalah sebagai ketua, tuan-tuan sebagai orang yang dipimpin, ini struktur dalam organisasi.
“Rakyat boleh guna agama untuk nasihat pemimpin, tapi orang dah tak guna konsep ini. Dalam etika pentadbiran, kita ada pandangan ketua dan orang bawah. Sebagai contoh, Exco, pegawai kerajaan nasihat saya, bagi pandangan kepada saya,” jelas beliau pada perhimpunan bulanan warga Wisma Darul Aman.
Nasihat juga menjadi hak rakyat. Mereka berperanan menasihati pemimpin, sekiranya pemimpin mereka menyeleweng. Oleh demikian, hak rakyat untuk memberi nasihat tidak boleh dinafikan oleh kerajaan.
Justeru, kerajaan negeri Kedah berhasrat menubuhkan pusat pengaduan awam, di mana rakyat boleh buat aduan tentang beberapa perkhidmatan yang difikirkan memberi keselesaan serta kesejahteraan kepada rakyat.
“Dalam kita (kerajaan) berinteraksi dengan masyarakat, kita sebagai penggerak kerajaan, kita perlu mendapat pandangan ataupun feedback, termasuklah pandangan-pandangan orang ramai.
“Sebab itu, di negeri Kedah ini, kita telah putuskan tahun lepas untuk buat pengaduan awam, kita dah bercadang, tapi belum dilaksanakan,” ujar beliau. Selain itu, YAB. Menteri Besar juga menasihati para penjawat awam supaya bersyukur dengan nikmat yang diperolehi walaupun ianya kecil.
“Kita kena bersyukur, Rasulullah sabda, dalam hidup ini kita jangan tengok orang atas kita, kita kena tengok orang bawah kita, contohnya, kalau kita komen tak ada kasut, kita kena lihat ada orang yang lebih susah, tak ada kaki terus (cacat),” jelas beliau.
Tambah beliau, kerajaan juga sedang berusaha untuk menjadikan Kedah negeri yang bersih yang memberi banyak faedah kepada rakyat dan pembangunan negeri.
Kehijauan sawah padi yang indah dan nyaman @ lokasi Kampung Kepala Bendang, Kedah.
“Jika kita sedar, tiada Bandar dalam dunia ini yang hebat dan unik macam Alor Setar, di mana Bandar kita dikelilingi oleh sawah padi yang cantik, penuh kehijauan. Jadi saya tak galakkan kita buat banyak pembangunan.“Dulu banyak orang komen pasal sampah di Alor Setar, tapi Alhamdulillah sekarang dah bersih, contoh, baru-baru ini ada ada ketua kerajaan negeri mai sini, dia kata dulu Alor Setar cukup kotor, sekarang dah bersih.
“Ini adalah hasil pentadbiran kita, pegawai-pegawai kita, kita juga ada sungai boleh dibangunkan sebagai tempat pelancongan sebab bila ke mana-mana, pelancong mahu cari tempat yang bersih.
“Islam juga menyatakan bahawa kebersihan sebahagian daripada iman, jadi bila bersih, kita akan bersih batin, pemikiran kita bersih, jiwa kita bersih, jadi kita dapat jalankan tanggungjawab dengan selesa dan baik,” jelas beliau.
(Sumber : SITI ZALEHA ABDUL RAHIM - Portal Kerajaan Negeri Kedah)
Ucapan Dato' Ustaz Azizan Razak di Pendang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan