@tiblakedah.blogspot.com Keadaan titi kayu yang yang menghubungkan petak sawah dengan petak sawah adalah fenomena biasa di sini. Mereka mengunakannya titi kayu hanya sekali sekala bila melakukan kerja di sawah.
Titi kayu ini dibena secara pesendirian oleh mereka yang memiliki sawah di kawasan ini bagi memudahkan pegerakan mereka dengan melalui jalan pintas ke sawah mereka.
Bukan tidak ada titi yang kukuh disediakan tetapi jauh sedikit untuk mereka lalui. Jadi kerana tiada pilihan, mereka perlu melalui titi kayu yang mereka bena bagi menabur baja atau benih padi, walaupun titi ini sudah uzur, mereka masih menggunakannya.
Jika jatuh atau patah mereka masih boleh bangun kerana mereka sudah biasa lagi pun airnya sangat cetek. Untuk membaikinya amat mudah, kerana kayu mudah diperolehi di kawasan yang berdekatan. Mereka beritahu saya ”jambatan batu pun runtuh, titi kayu, besa laa...tu”
Pagi ini jam 8.30 pagi hari Jumaat saya ke Balai Polis cawangan Trafik di Jalan Raja Alor Setar kerana membuat lapuran kemalangan anak saya yang lewat dilapurkan.
Pejabat Polis Cawangan Trafik Alor Setar
Sementara menunggu anak saya disoal siasat saya mengambil kesempatan untuk mengambil gambar-gambar pemandangan di Jalan Raja dan kawasan pesekitaran.Gambar yang dirakamkan diambil dari Jalan Raja, kenderaan bertaliarus melalui Jalan Raja dari Selatan ke Pusat Bandar atau di sebaliknya. Kenderaan ini juga melintasi Jambatan Bailey (Jambatan Sultan Abdul Halim) yang masih kelihatan kukuh hingga sekarang.
Pejabat Pos lama Jalan Raja Alor Setar
Di sebelah belakang, kelihatan Pejabat Pos Besar dan Pejabat Polis yang kelihatan masih utuh, untuk pengetahuan anda semua kedua-dua bangunan tidak lagi digunakan.
Ibu Pejabat Polis asal Jalan Raja Alor Setar
Bangunan ini mungkin akan dijadikan bangunan sejarah yang akan menjadi lambang kemegahan Bandar Alor Setar serta rakyat Kedah amnya.
Sunyi sungguh suasana pada pagi itu. Tujuan aku keluar pada pagi itu hanyalah untuk pergi ke gerai minuman di Pekan Pokok Sena bersebelahan klinik Kesihatan. Gerai ini baru saja siap dibina bagi kemudahan dan memberi keselesaan kepada para peniaga di sini yang sudah menjalankan peniagaan di pekan Pokok Sena.
Semasa saya melalui kawasan perkuburan kampung Kiew, Pak Cik Shafie sedang asyik menyangkul dengan tekun. Dia tidak perasan tentang kehadiran saya ke sini. Saya lihat kawasan yang dibersihkanya sudah luas.
Menurut Pak Cik Shafie atau lebih mesra dengan panggilan Pak Cik Pee, dia memulakan tugasnya membersihkan kawasan kubur selepas subuh iaitu kira-kira jam 7.30 pagi. Dia sudah berumur 86 tahun. Menurut Pak Cik Pee lagi dia adalah merupakan penduduk yang mula-mula menetap di kampung ini. Isterinya masih hidup dan umurnya 70 tahun. Dia mempunyai empat orang anak dan berapa orang cucu. Tambah Pak Cik Pee, kawan yang sebaya denganya semuanya sudah meninggal dunia.
Bila diajukan soalan kepada beliau siapa yang memberi gaji padanya dia hanya menjawap “orang kampung” . Selama dia berkerja di sini rezekinya tidak pernah putus-putus. Ada sahaja yang menghulurkan bantuan kewangan kepadanya.
Pak Cik Shafie kelihatan cukup mesra. Dia juga masih boleh berjalan dan mengayuh basikal yang terletak 200 meter dari rumahnya ke kawasan perkuburan. Semasa bapa mertua saya masih hidup dia cukup kenal dengan bapa mertua saya. Arwah bapa mertua saya terkenal dengan panggilan “Pak Mat Keneh” bagi orang-orang tua dan dewasa di kawasan Pokok Sena.
Ironinya, dengan usia dan kudrat sedia ada sekarang ini, apalah sangat kerja yang boleh dilakukan bagi mencari sesuap nasi. Namun bagi Pak Cik Pee, selagi kudratnya masih ada dia sanggup bekerja mencari rezeki bagi menyara kehidupannya sekeluarga tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain biarpun hidup dalam keadaan yang serba kekurangan.
......kediaman Menteri Besar sederhana dan paling bersih di Malaysia. Saya memang ingin melihat langsung seperti apa rumah tokoh besar yang namanya tercatat dalam 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan dimuat dalam buku berjudul ”The 500 Most Influential Muslims” yang dieditori oleh Prof. John L Esposito dan Prof Ibrahim Kalin........Ikutilah tulisannya...... Wawancara dengannya...
Mendiami kediaman di kampung dengan halaman yang luas berbanding kediaman di Bandar adalah satu kelebihan kerana boleh memanfaatkan ruang untuk membina taman idaman tanpa bimbang menghadapi ruang terhad.
Saya berpuas hati walaupun masih ada kekurangannya tetapi berjaya menggunakan ruang sedia ada dengan membina taman idaman sekeluarga untuk dijadikan tempat berehat sambil menikmati keindahan pokok-pokok dan mengambil udara luar setiap kali mempunyai masa terluang.
Penyelenggaraan yang mudah kini menjadi kriteria utama membina taman di kediaman kami kerana banyak masa yang terluang, maklumlah saya sudah bersara dari jabatan kerajaan dan segala pengelaman yang ada boleh dipergunakan.
Tiada konsep tertentu apabila kami membina taman, kerana yang paling penting ialah selesa dan penjagaannya mudah tetapi masih mengekalkan konsep hijau tenang dan damai.
Pembinaan pondok rehat dari bekas jelapang padi yang diubah suai sudah cukup menjadikan taman kami menarik. Ditambah pula dengan pemilihan tumbuhan yang ringkas, ternyata ia memberi keselesaan yang diharapkan.
Kebanyakan pokok-pokok yang kami tanam diperolehi dari kawasan persekitaran dengan percuma serta mudah dijaga dan kami tidak ketinggalan menanam pokok sireh sebagai penyeri taman bagi memastikan nampak lebih menarik.
Bagi menambahkan keceriaan, kami membena kolam serta meletakkan air pancuran tambahan di celahan batu-batu serta menanam pokok buluh madu bagi menyejukkan lagi mata memandang. Kolam pula kami memelihara ikan talapia merah supaya ia kelihatan menarik yang pastinya membuatkan kami teruja melihatnya.
Penggunaan batu-batu sungai di tepi pokok, mengurangkan kos perbelanjaan bahan penataan taman, malah ia cukup sesuai dengan konsep yang kami impikan.Bagi pemilihan pokok pula, saya lebih menyukai pokok berdaun kerana ia tahan lama dan lasak. Lagipun, penjagaannya tidak sesukar pokok berbunga. Paling penting taman yang kami bena senang diurus tetapi pada masa sama ia mendamaikan.
Pada masa ini setiap pembinaan taman sangat mementingkan kepada kehijauan dan keselesaan. Taman yang dibena mampu membuatkan kita semua yang berada dalam tekanan mampu meredakannya tanpa perlu pergi jauh. Ketenangan di depan mata cukup memberi kedamaian yang diimpikan.
Setiap kali saya ke kawasan Felda Bukit Tembaga atau ke Jitra melalui jalan Bukit Tembaga saya sering singgah minum dan pekena Mee sup dan air Radix. Warung ini terletak di kampung Bukit Kerbau Berguling di kawasan Kuala Nerang.
Melalui pekan kecil Bukit Tembaga, Kuala Nerang
Sempena nama kampung, Saudara Basri menamakan warungnya ‘Warung Kerbau Berguling’ . Warung ini terletak di tepi jalan menuju ke Jitra dan jarak dari Felda Bukit Tembaga adalah sejauh 8 km. Manakala waktu operasi bermula dari pukul 2.00 petang hingga 12.00 malam dan tutup pada malam Jumaat.
Melalui kampung-kampung di kawasan Kuala Pai
Saya amat tertarik dengan warung yang menjadi tumpuan kenderaan yang lalu lalang. Setiap kali saya melalui jalan tersebut saya dapati banyak kenderaan berhenti dan mengunjungi warung tersebut pada waktu petang meyebabkan saya juga tertarik untuk mencuba apakah keistimewaan gerai tersebut.
Simpan tiga ke Jitra melalui kampung Bukit Kerbau Berguling, 2 km ke 'Warung Kerbau Berguling'
Suatu petang saya mengambil kesempatan untuk bersarapan di warung berkenaan bersama berapa orang pelanggan. Cukup mudah dan senang sekali perniagaan yang dijalankan oleh seorang pengusaha di kampung ini yang saya agak umurnya dalam lingkungan 40-an. Warungnya menyediakan mihun sup, masakan bergoreng dan minuman panas dan sejuk. Waktu malam adalah waktu yang paling ramai bagi para pelanggan mengunjungi warung ini.
Warung Kerbau Berguling sedang dikunjungi pelangan
Operasi perniagaan warung ini sangat ringkas. Pelanggan yang datang akan duduk di kerusi kayu yang diperbuat oleh tuan punya warung sendiri. Kerusi yang asalnya daripada kayu dibelah kepada dua kemudian menjadikannya sebuah kerusi kayu yang kelihatan cantik dan menarik. Makanan yang dipesan mudah disedia dan sungguh enak. Saya juga sempat bertanya kepada anak-anak muda yang menjadi pelangan tetap di sini tentang layanan dan perkhidmatan yang disediakan. Mereka menjawap ringkas, “bagus” .
Malahan, harganya yang dijual amat berpatutan dengan lokasi ia didirikan. Walaupun warung ini terletak di pendalaman, namun warung ini menjadi pilihan mereka yang lalu dan berulang alik dari Kuala Nerang ke Jitra. Jika anda sudah merasa mee sup yang dihidangkan pastinya anda tidak akan lupa untuk datang lagi.
Bumi kini sedang mengalami “demam panas” akibat pemanasan global yang turut membawa bersamanya iklim dunia yang semakin kucar-kacir. Nyata sekali pembangunan yang dijalankan oleh manusia saban hari menukar alam kita yang dahulunya serba hijau menjadi seakan-akan tidak bermaya lagi.
Berehat, minum petang dan berbual dengan pengusaha Restoran Restu Ilham di Wang Tepus sebelum menuju ke kawasan pembalakan di Kuala Pai, Kuala Nerang.
Salah satu faktor yang menyebabkan perubahan keadaan iklim adalah pengeksploitasian sumber hutan. Sumber hutan yang berperanan menjadi kawasan tadahan dan menyederhanakan suhu sekitar semakin berkurangan akibat daripada kerakusan pihak pemaju.
Pemandangan sisi di hadapan Restoran Restu Ilham.
Penebangan pokok yang berterusan menyebabkan menjadi semakin kontang dan terdedah secara langsung kepada pancaran matahari. Keadaan inilah yang menyebabkan suhu di bumi semakin tinggi, kenaikan aras laut, pemecahan glasier,perubahan angin monsun yang ketara,jerebu dan kesan rumah hijau.
Melalui kawasan dusun buah-buahan sebelum tiba ke kawasan pembalakan.
Gejala ini membawa kesan buruk kepada haiwan, tumbuhan dan manusia sendiri. Apakah hal ini perlu dibiarkan berterusan tanpa satu tanda noktah ? Ia bergantung kepada manusia itu sendiri. Manusia perlu berfikir dengan baik supaya dapat menyelamatkan bumi ini daripada terus terpupus.
Pondok tanpa penghuni, hanya diguna semasa musim buah-buahan.
Oleh hal yang demikian untuk mengelakkan hutan daripada terus pupus akibat manusia durjana maka beberapa langkah perlu diambil supaya perkara ini tidak berterusan. Antara langkah yang boleh diambil ialah penanaman semula hutan, kitar semula, kempen kesedaran dan penggunaan sumber tenaga yang mesra alam.
Kawasan pembalakan di Kuala Pai, Kuala Nerang.
Kejayaan melaksanakan tugasan ini akan memberi keselesaan dan keselamatan kepada penduduk.Islam mengajar kita supaya sentiasa mengamalkan suruhannya dan menjauhi segala larangannya. Mencegah kemungkaran adalah tanggungjawab bersama bagi mengelakkan dosa dan kemaksiatan berleluasa.
Dari sudut alami pula ia berkaitan dengan aktiviti kehidupan seharian manusia yang tidak bertanggungjawab.Dalam Al-Qur’an ada dijelaskan melalui firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah Ar-Rum ayat 41 mafhumnya: “Telah zahir kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan oleh perbuatan tangan-tangan manusia supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).
”Akhir kata, wahai manusia sedarlah akan perbuatan kamu itu! Bukan kamu memusnahkan hutan malah memusnahkan dirimu sendiri. Jikalau setiap manusia sedar tantang kesalahan mereka maka masalah penghapusan hutan ini tidak akan wujud sama sekali. Kita adalah penyumbang ke arah tersebut, jika kita tidak berusaha membantu memelihara persekitaran yang ada maka masa depan bumi kita akan ditimpa kemusnahan akibat tangan-tangan manusia sendiri.
Oleh itu diharapkan ada keinsafan kepada manusia yang hidup kini tentang pentingnya menjaga alam sekitar yang semakin teruk terjejas. Semua ini adalah untuk kesejatheraan hidup kita dan generasi kita yang akan datang. Oleh sebab itu, marilah kita bersama-sama ke arah kehidupan yang lebih hijau, tenang, dan selesa.
Pemandangan indah di waktu petang Kehijauan tumbuhannya menyejukkan alam Jikalau hidup banyak berhutang Ibarat kapal hampir tengelam
Kehijauan pokok penyeri taman Taman dibena dengan kesungguhan Jika hidup tiada pendoman Kekayaan yang ada tiada kesudahan Pepohon hijau nikmat dikecapi Mahu hidup seribu tahun lagi Jika peraturan Allah sudah dilupai Hidup lama amatlah rugi
Pergi ke kubur bersendirian Kubur dipenuhi pepohon yang indah Kalau ilmu tidak diamalkan Ibarat pokok tidak berbuah
Kebersihan di Alor Setar sudah berubah Bandarnya indah ramai pelawat Akhlak yang baik jangan diubah Selamat di dunia selamat akhirat
Ziarah ke kubur selepas Zohor Perkuburannya tersusun dengan teliti Pohonkan doa kita bersyukur Kedah sejahtera rakyat nikmati
Tempayan di ganti sebagai perigi Airnya bersih tidak berkarat Ilmu dicari tak akan rugi Buat bekalan dunia akhirat
Pergi ke kubur memakai jubah Tunggu sehingga di waktu Azar Jika sudah kehendak Allah Di timpa musibah banyak bersabar
Kubur di sini bagaikan taman Bunga di tanam setiap penjuru Kalau muda jadikan teman Kalau tua jadikan guru
Datang ke kubur berhati-hati Salam diberi semoga diberkati Orang yang muda kita dekati Orang yang tua kita hormati
Ziarah ke kubur amalan mulia Isnin Kamis sunat berpuasa Jadilah insan berhati mulia Baik hati berbudi bahasa
Katakanlah : “ Sesunguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QURAAN SURAH, 62:8)
Kanak-kanak disayangi, remaja didekati dan orang tua dikasihi itu natijahnya apabila kita berhadapan dan mendekati masyarakat. Di samping kita bersama keluarga atau masyarakat kita seharusnya tidak melupakan kanak-kanak yang mana mereka bakal menjadi pimpinan di masa hadapan.
Pemandangan di jalan masuk ke kg.Bukit Larik, Pokok Sena.
Saya bekesempatan mendekati kanak-kanak yang tinggal di kampung Bukit Larik, Pokok Sena. Ketika saya menghampiri kanak-kanak ini, mereka baru selesai bermain bola di kawasan padang berhampiran sawah yang baru dituai.Waktu itu jam hampir menunjukkan pukul 7.00 petang dimana waktu Magrib hampir tiba.
Kawasan berpagar elak dimasuki binatan ternakan di kg. Bukit Larik.
Kebanyakan yang datang ke sini tinggal di kawasan kampung berdekatan. Mereka datang dengan berbasikal yang dekat berjalan kaki. Ada juga yang sedang memancing tetapi tidak ramai.Mereka kelihat amat ceria dan santai bersama kawan-kawan.
Pemandangan di tepi sawah di waktu petang di kg.Bukit Larik.
Umur mereka sekitar tujuh hingga dua belas tahun. Mereka cukup gembira bersama kawan-kawan sambil menunjukkan kebolehan mereka apabila gambar mereka diambil. Begitulah kehidupan budak-budak kampung kerana mereka amat berbeza dengan kehidupan budak-budak di bandar. Walaupun mereka kekurangan kemudahan awam mereka sentiasa berdikari dan berkerjasama membina tempat mereka bermainan. Itulah kelebihan mereka.
Pemandangan indah hampir senja di kg. Bukit Larik.
Kita sebagai orang yang telah melalui zaman mereka sewajarnya mendampingi serta memberi nasihat agar mereka tidak terjebak dengan gejala yang tidak bermoral. Tidak bermakna mereka dikongkong tetapi diambil perhatian semoga mereka juga disayangi dan diperlukan dalam kehidupan yang kian mencabar.
NASIHAT LUQMAN HAKIM
• Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, ramai manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan Sampan yang bernama Takwa, Isinya ialah Iman dan Layarnya adalah Tawkkal kepada Allah.
• Hai anakku; orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari Allah juga.
• Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah, maka dia tawadduk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah.
@tiblakedah.blogspot.com Setiap minggu saya akan turun ke kawasan Pokok Sena, Alor Setar dan kawasan persekitaran. Namun sebahagian besar waktu lapang saya akan saya luangkan untuk melawat kawasan pendalaman. Di samping dapat menikmati keindahan suasana di kampung, ia memberi peluang untuk berkenalan serta dapat mengambil gambar-gambar yang menarik untuk di siarkan.
Hari ini saya turun melawat kawasan sungai di Kepala Bendang. Perjalanan hanya sejauh 12 kilometer dari kediaman saya. Ia memakan masa selama 20 minit.
Sebelum sampai ke sini, saya banyak meninjau dan melihat kawasan lain dengan memperlahankan motor saya.Ini meyebabkan saya tiba agak lewat. Kebetulan semasa saya sampai di sini ada orang sedang memukat ikan dengan menggunakan sampan. Kesempatan inilah saya gunakan untuk menggambil gambar.
Saya terus meletakkan motor di tepi jalan dan mengambil gambar yang sesuai untuk disiarkan di dalam blog saya. Walaupun sebelum ini saya ada menyiarkannya tetapi ia dilakukan di kawasan tali air yang airnya cetek.
Saya dapati mereka lebih kreatif dengan menggunakan sampan dan pukat yang panjang sekitar 100 meter. Manakala pukat yang di pasang merentani sungai dan tepi sungai memastikan ikan yang diperolehi bebaloi dengan apa yang mereka usahakan.
Semasa mereka memasang pukat, jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Saya bertanya kepada mereka bila pukat diangkat. Mereka menjawab” malam ni” jawab mereka ringkas. Lagi pun apa yang saya lihat mereka membawa lampu dan peralatan lain bersama mereka. Begitulah, jika kita mahu berusaha di situ ada jalan.