HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Jumaat, 8 Januari 2010

POKOK SIRIH PENGHIAS TAMAN

Ke Arah kehidupan Yang Lebih Hijau @ Lokasi : Teratak Impian Bukit Lala Sirih atau nama saintifiknya Piper betle Linn, adalah sejenis pokok menjalar yang merupakan satu bahan penting dalam kebudayaan Melayu. Pokok ini mudah ditanam sangat cantik dan sesuai untuk hiasan taman.

Daun sirih mempunyai bentuk yang hampir menyerupai daun kaduk. Ia penting dalam adat perkahwinan dan perubatan Melayu tradisional untuk dijadikan pelengkap hantaran pertunangan. Sirih juga digunakan dalam mengubati penyakit demam panas, dalam proses mengubati pesakit sebagai bahan penyejuk badan. Sirih juga sebagai digunakan sebagai penghilang bau badan.

Pada kebiasaannya dahulu, pokok sirih banyak ditanam di kampung-kampung. Daun sirih berwarna hijau gelap dan bersaiz kira-kira 15 cm panjang dan 10 cm lebar. Ia juga mudah didapati di pasar terutamanya di kawasan pedalaman. Bagi sesiapa yang berminat untuk dijadikan hiasan taman, bolehlah mencuba.

Sirih amat mudah diperolehi dan mudah ditanam. Kita cuma menyediakan tiang kayu, sebagai tempat sirih menjalar. Baja tahi ayam, kambing dan lembu yang mudah kita perolehi boleh digunakan untuk membaja pokok sirih. Bila pokoknya sudah merimbun dan menghijau pasti anda suka melihatnya. Selamat mencuba…

Get this widget | Track details | Sekapur Sirih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan