Entah kenapa niat saya untuk ke Kuala Nerang tidak kesampaian. Apabila saya berada di kawasan Padang Sanai, saya bertukar fikiran untuk menghala ke Jitra, Kubang Pasu.
Saya melihat papan tanda pandu arah di tepi jalan menunjukan perjalanan untuk ke Jitra lagi 32 km. Saya kira cukup jauh dan memenatkan buat saya yang memandu motosikal. Tetapi sangkaan saya meleset kerana jalan yang saya lalui cukup redup dan sejuk dipayungi pokok-pokok yang menghijau dan bukit bukau yang yang tersusun indah.
Perjalanan memakan masa kurang dari 30 minit. Maklumlah saya tidak memandu laju sekadar 40 km sejam. Saya anggarkan jarak dari tempat saya tinggal di Pekan Pokok Sena dalam 28 km kerana saya lihat papan tanda dari simpang Bukit Wang ke Jitra 7 km. Lagi pun meter petunjuk motorsikal saya sudah rosak masih belum dibaiki.
Dari simpang tiga ke Bukit Wang dari jalan besar jaraknya cuma 2 kilometer masuk ke dalam . Hutan Lipur Bukit Wang telah diwartakan sebagai hutan simpan kekal sejak tahun 1937. Ia terletak 35km dari Alor Setar dan 9km dari Pekan jitra.
Kawasan yang dipenuhi pokok-pokok dan bukit-bukit, kawasan jeram dan air terjun cukup menyeronokan serta menceriakan sesuai dijadikan tempat berkelah, bermandi-manda dan ‘jungle trecking’ buat seisi keluarga, sanak-saudara mahupun sahabat-handai. Di kawasan ini ada disediakan tandas, surau, wakaf, tapak berkhemah, kedai makanan & minuman, tempat mandi kanak-kanak dan tiada bayaran masuk yang dikenakan.
Kawasan pesekitaran sentiasa bersih dijaga oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. Pondok rehat banyak disediakan dan kawasan jalan kaki yang selesa untuk kita lalui hingga ke kawasan atas bukit. Tangga yang disediakan juga dalam keadaan baik dan selamat untuk dijejaki.
Kawasan pesekitaran di sini sejuk dan sungguh menarik dengan aliran air yang lancar serta air terjun yang memeriahkan suasana. Jika anda pergi berkelah di kawasan ini bersama anak-anak serta isteri pasti ianya menjanjikan keseronokan serta kepuasan yang diingini.
(tiblakedah.blogspot.com – Khamis: 28Jan. 2010)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan