HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Jumaat, 1 Januari 2010

PENOREH GETAH DI KAWASAN POKOK SENA

Rezeki ada di mana-mana, berusahalah dan jangan berputus asa - Lokasi di kebun getah km22 Pokok Sena. Gambar diambil 9.00pagi@tiblakedah.blogspot.com
Semenjak harga getah naik ramai penduduk di sini mula beralih pergi ke kebun untuk menoreh getah sepenuh masa. Dulu semasa harganya dalam lingkungan RM2.00, penduduk di sini ramai yang mencari kerja sambilan untuk menampung pendapatan keluarga.

Semasa saya bertemu seorang penoreh Saudara Mohd Razi bin Syukri 45 tahun, dia sedang menunggu pembeli getah di kawasan tempat dia mengambil upah menoreh. Beliau mengambil upah dari kebun abangnya yang hanya berkeluasan 1 ekar. Pendapatan yang diperolehi beliau adalah antara RM 30.00 hingga RM 40.00 sehari setelah dibahagi dua.

"Saya semenjak harga getah RM 4.00 bolehlah bertahan dan mampu untuk menanggung keluarga seramai lima orang yang masih bersekolah. Anak yang tua saya berumur 15 tahun yang baru saja mengambil peperiksaan PMR. Anak yang bongsu baru berumur tiga tahun”. Kata saudara Mohd Radzi dengan penuh bersemangat .

Kami akui penoreh getah di kampung kami kini sungguh seronok dengan kenaikan harga getah yang kami sangat harapkan dan kami harap harganya dapat bertahan lama dengan harga yang kami perolehi hari ini.

Tambah Mohd Razi, penoreh getah kini keluar awal pagi selepas solat subuh berbeda dengan harganya Cuma sekitar RM 1.00 ke RM 2.00. Dulu semasa haranya jatuh kami mencari kerja sambilan termasuk menjadi pembantu di pasar malam, upah menabur baja di sawah dan upah meracun untuk mencari pendapatan lebih bagi menampung pendapatan keluarga. "Kalau mahu tunggu wang hasil torehan, tentulah tidak mencukupi," ujarnya.

"Kami sangat mengharapkan kepada kerajaan supaya dapat mengekalkan harga getah supaya rakyat dapat hidup dengan penuh selesa dan mengecapi kehidupan yang lebih baik" katanya. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Ke Arah Kehidupan Yang Lebih Hijau # Lokasi : Jalan cantik tepi kunci air di Kampung Yoi, untuk ke Pekan, kebun dan sawah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan