HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Sabtu, 9 Januari 2010

DI KAMPUNG BANYAK YANG BOLEH KITA GUNAKAN

Banyak yang kita boleh peroleh dengan percuma di kampung sekiranya kita rajin berusaha untuk memperolehinya. Jika kita minat dalam bidang hiasan taman landskap, dan pertukangan banyak tumbuhan dan pokok-pokok di dalam hutan yang boleh kita gunakan.

Semalam saya telah mengunjungi rumah seorang pekebun getah yang tinggal di Bukit Kapai yang berkerja sebagai penoreh getah. Di samping mengusahakan kebun getahnya, beliau minat dalam bidang pertukangan. Masa yang terluang banyak digunakan oeh beliau untuk mencari kayu-kaya yang tumbuh meliar di kawasan kebun getahnya.

Kayu yang biasa tumbuh di situ ialah kayu temusu , halban dan lain lagi amat sesuai di jadikan tiang rumah pondok dan perabut. Kayu yang diperolehi biasanya sudah cukup matang dan boleh ditebang. Setelah ditebang, kayu itu akan dibelah mengunakan mesin gergaji dan dibelah mengikut saiz yang di perlukan.

Kayu-kayu yang telah dipotong dijemur pada cahaya matahari sehingga betul-betul kering dan boleh digunakan. Jika kita ingin membuat pondok atau warung, Kayu-kaya yang sudah dipilih tadi akan dipotong mengikut ukuran yang telah ditetapkan. Setelah selesai dipotong barulah pondok tadi didirikan.

Tentang bumbungnya pula, daun-daun yang terdapat di dalam hutan boleh digunakan. Daun-daun tadi dianyam dengan rapi dan kelihatan cantik bila sudah dipasang. Apa pun yang penting minat dan usaha adalah kunci untuk kita mencapai kejayaan.

Berehat di Inang Flora Nersery, Km23 Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena @ Ke Arah kehidupan Yang Lebih Hijau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan