Jumaat, 30 Januari 2009
Khamis, 29 Januari 2009
WAJARKAH SAYAP UMNO DIBUBAR?
29/01/2009 12:39pm (Utusan Malaysia)
KUALA LUMPUR 29 Jan.209 – Cadangan pembubaran biro Putera UMNO bagi mengelakkan gejala rasuah politik di kalangan generasi muda adalah tidak wajar dan merugikan.
Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, cadangan itu hanya akan menjauhkan generasi muda daripada mendekati UMNO seterusnya mengurangkan sokongan terhadap parti berkenaan pada masa depan.
“Lagipun Putera UMNO hanyalah biro dan pemilihan jawatan dibuat secara lantikan, bukan pemilihan seperti sayap parti yang lain,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Rabu, 28 Januari 2009
MPV PROTON SEGAK MENAWAN
Inilah rupa kenderaan pelbagai guna (MPV) keluaran terbaru Proton yang bakal dilancarkan pada April ini. Ia memaparkan reka bentuk menarik dan pasti mendapat sambutan baik daripada rakyat Malaysia kelak.
Model terbaru Proton ini yang gambarnya mula tersebar dalam Internet sejak seminggu lalu boleh memuatkan sekurang-kurangnya tujuh orang penumpang dan menggunakan enjin Campro 1.8 liter serta disasarkan pada harga sekitar RM80,000 sebuah. - Utusan
UMNO AKAN HILANG SEGALA-SEGALANYA
Isnin, 26 Januari 2009
Ahad, 25 Januari 2009
SELAMAT TINGGAL UMNO
|
ADUN BOTA KELUAR BN?
IPOH 25 Jan. 2009 (Utusan Malaysia) - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bota, Datuk Nasaruddin Hashim hari ini mengisytiharkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan menyertai PKR.
Tindakan itu disahkan oleh beliau sendiri melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada wartawan Utusan Malaysia. " Ya betul, terima kasih,'' katanya dalam SMS tersebut. Nasharuddin sebelum ini merupakan Ahli Parlimen Parit dan bertanding kerusi DUN Bota pada pilihan raya umum lalu.
Dalam pilihan raya umum pada 8 Mac lalu, beliau menewaskan calon PKR, Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi selepas memperoleh 6,556 undi.
Perak kini diterajui pakatan pembangkang Pas, DAP dan PKR dengan menguasai 31 kerusi DUN manakala BN 28 kerusi.
Sabtu, 24 Januari 2009
PERINGATAN SERING DILUPAKAN
BN perlu perubahan drastik, kata Muhyiddin
KUALA LUMPUR 24 Jan. 2009 (Utusan Malaysia)— Barisan Nasional (BN) kini melalui ujian paling getir dan jika tidak ada tindakan drastik diambil untuk menangani kemerosotan sokongan maka gagasan pemerintahan itu mungkin menghadapi kemusnahan.
Jadilah pendengar yang baik
Jumaat, 23 Januari 2009
DADAH NAJIS DAN RASUAH TU TAHI
KUALA LUMPUR 23 Jan.2009 (Utusan Malaysia) - Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dan mendakwa beberapa pemimpin UMNO berhubung politik wang akan membantu memulihkan imej parti itu.
Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi melihatnya sebagai sesuatu yang positif, ketika imej UMNO semakin tidak disenangi ramai. "Tindakan tegas SPRM itu membantu mengembalikan kepercayaan umum. Ia membuktikan kerajaan dan UMNO telus membanteras rasuah," katanya.
Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang menyerahkan kepada pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemimpin dan ahli parti yang terlibat dalam politik wang.
Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo memberitahu, Lembaga Disiplin UMNO perlu meneliti kes politik wang membabitkan ahli-ahlinya sebelum ia diserahkan kepada SPRM. "Jika individu berkenaan didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin barulah mereka diserahkan kepada SPRM untuk didakwa mengikut undang-undang," katanya.
Berbeza dengan Mohd. Puad dan Mohd. Khir, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Syed Ali Al Habshee pula mahu skop siasatan SPRM diperluaskan daripada tertumpu kepada UMNO saja. Beliau memberitahu, siasatan SPRM juga perlu adil agar masyarakat tidak menyalah tafsir dan berpandangan serong terhadap UMNO.
"Masalahnya, SPRM hanya tertumpu kepada UMNO seolah- olah parti ini saja yang korup sedangkan gejala rasuah membabitkan banyak pihak termasuk agensi kerajaan," katanya. Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman pula berkata, SPRM perlu memastikan individu yang bakal didakwa benar-benar bersalah.
Sementara itu, Ketua UMNO Cawangan Kampung Baru Kulai, Datuk Syed Hussien Al Habshee berkata, dalam politik tiada individu yang benar-benar bebas daripada perbuatan memberi wang. Bagaimanapun, katanya, ia dibezakan sama ada ia berbentuk sumbangan atau meraih undi.
KITA DENGAR APA MEREKA KATA
Khamis, 22 Januari 2009
MAHFUZ DAPAT GELARAN DATO
Rabu, 21 Januari 2009
TAHUN MERAWAT UMNO
Apa yang mereka katakan pada UMNO
- Umno balas dendam, pertikai keputusan rakyat
- Imej BN ketinggalan zaman - Khir Toyo
- Zahid cuba memecah belah rakyat Perak
- Tegah hadiri mesyuarat: Kenyataan Zahid Hamidi kebudakan
Selasa, 20 Januari 2009
SELAMAT TAHUN BARU CINA
Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.
Isnin, 19 Januari 2009
IMPIAN UMNO TERSASAR - NIK AZIZ
Salmah Mat Husain Mon Jan 19, 09 2:38:38 pm
KOTA BHARU, 19 Jan. 2009 (Harakah) - Usaha Umno dengan bantuan media massa mahu memecahkan Pakatan Rakyat makin tersasar. Ia dibuktikan dengan keputusan pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu, kelmarin.
Sokongan masyarakat Cina dan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat bertambah sebanyak 949 undi berbanding Mac 2008, sebaliknya Barisan Nasional (BN) hilang sebanyak 2,310 undi. Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kemenangan calon PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu membuktikan masyarakat pelbagai kaum khususnya Cina semakin menerima PAS.
Katanya, apa yang lebih penting kesepakatan Pakatan Rakyat telah berpadu tenaga sehingga berjaya dibuktikan pada pilihan raya kecil itu. "Saya amat bersyukur di atas kemenangan tersebut kerana sekaligus akan merapatkan hubungan dengan masyarakat Cina khasnya DAP yang sebelum ini dianggap ekstrem.
"Dalam masa yang sama kemenangan ini juga berjaya merapatkan hubungan gerakan Islam yang dibawa PAS untuk dihayati semua pihak," ujarnya di sini semalam. Menurutnya juga kemenangan tersebut membuktikan Islam bukan sebagaimana didakwa pihak lawan sebagai parti yang ekstrem dan menghalang kemajuan.
Katanya DAP khasnya golongan muda yang dianggap penentu kejayaan calon PAS dianggap memahami perjuangan dibawa PAS melalui usaha penerangan yang dijalankan sejak dahulu sehingga sekarang. "Golongan muda memahami Islam melalui pembacaan, perbincangan dan penerangan yang disampaikan berbanding golongan tua.
"Orang tua ni ? orang tua laa? golongan tradisi, orang Melayu pun menerima Islam kerana tradisi bukannya kerana pengajian," ujarnya. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, walaupun media begitu hebat berkempen untuk memenangkan calon BN, namun rakyat tetap menolak BN.
Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2,631 undi mengalahkan calon BN, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh pada pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu Sabtu lalu. Calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam hanya memperoleh 193 undi dan hilang wang pertaruhan.
APA MEREKA KATA
- BN mungkin menang jika pengundi luar balik mengundi
- Kekalahan bukan faktor calon - Khairy
- Kemenangan Pakatan Rakyat - Dato Azizan Razak (MB Kedah)
- NGO yakin masa depan Pakatan Rakyat lebih baik berbanding BN
- Gelombang kebangkitan rakyat dan skrip keramat BN di Kuala Terengganu
- Najib gagal baca amaran awal kekalahan?
- 'Parti hanyut jika berpolitik cara lama'
- Benarkah pembangkang kuat?
Sabtu, 17 Januari 2009
TERIMA KASIH DAN TERIMALAH HAKIKAT
Kerana memudahkan kami mengenal sikap sebenar BN.
- Menukar kakitangan kerajaan ke kawasan pendalaman atas dasar mendera bukan diatas dasar tugasan kerana tidak bersama BN. Mereka yan terlibat tetap aktif sebarkan maklumat sebenar apabila bertemu kepada masyarakat di pendalaman, dengan ini parti pembangkang dapat berkembang.
- Menyekat bantuan apabila menyokong parti pembakang, semakin ramai yang bersimpati kepada keperitan hidup rakyat, dengan ini tahulah siapa sebenarnya yang mahu membela rakyat.
- Sikap media perdana yang sentiasa berat sebelah apabila menyampaikan maklumat kepada rakyat, memudahkan lagi rakyat mengenal sikap kejujuran kerajaaan BN.
- Memberi bukan atas dasar tangungjawap kerajaan tetapi atas dasar kepentingan parti.
- Setiap arahan dan peraturan bukan memudahkan tetapi menyusahkan kakitangan awam demi menjaga kemenangan BN.
- Menaikan harga minyak menyebabkan harga barangan naik mendadak dan rakyat menderita menangung kos perbelanjaan sara hidup, hingga sekarang harga barang masih belum turun dengan harga yang sepatutnya dinikmat oleh rakyat.
- Isu kaum selalu ditimbulkan untuk mendabik dada merekalah pejuang pembela orang melayu dan kaum lain, sedangkan islam mengangap orang yang paling mulia ialah orang yang paling bertakwa.
- Pelajar universiti disekat kebebasan mereka sedangkan mereka adalah bakal menjadi pemimpin di masa hadapan. Mereka adalah orang yang bijak pandai yang dapat menilai seseorang pemimpin yang berwibawa.
- Mempersendakan hukum Allah tentang hudud.Hukum Allah bukan hukum PAS. Rakyat dapat menilai siapa sebenarnya yang mahukan Islam.
BULAN TERANG DI KUALA TERENGGANU
PAS rampas Parlimen Kuala Terengganu
KUALA TERENGGANU: Pas merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada BN apabila calonnya, Mohd Abdul Wahid Endut, menang dengan majoriti 2,631 undi.
Abdul Wahid yang juga Yang Dipertua Pas Kuala Terengganu memperoleh 32,883 undi menewaskan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, mendapat 30,252 undi manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam, hanya menerima 193undi, sekali gus hilang deposit.
Manakala undi rosak pula adalah sebanyak 665 undi manakala peratusan keluar mengundi ialah 79.73 peratus atau 63,967 pengundi. Analisa awal oleh pengalias politik di IPT menunjukkan PAS menang dengan majaroti 2000 undi.
GAMBARAN AWAL, MIMPI NGERI BUAT UMNO
- Analisa politik - Profesor Jabatan Sains Politik institusi pengajian Tinggi Awam meramalkan PAS menang dengan majoroti 2000 undi.
- Tuan Guru Nik Aziz - berkeyakinan PAS boleh menang di Kuala Terengganu.
- Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat - PAS boleh menang, melihat daripada sokongan serta sambutan penggundi terhadap majlis yang diadakan.
- Pengundi Cina - Mahukan pemimpin yang bersih dan mudah dampingi rakyat, semasa susah dan senang.
Terima kasih kepada
- Semua pengundi-pengundi parlimen Kuala Terangganu.
- Semua petugas-petugas daripada Pakatan Rakyat (PAS, Keadilan Rakyat, DAP) serta pecinta kepada kebenaran dan keadilan.
- Pasukan keselamatan.
- Petugas-petugas SPR.
- Petugas Media beratika.
Tahniah dan syabas kepada YB Mohd Abdul Wahid Endut yang dapat merampas kerusi parlimen Kuala Terangganu daripada BN.Takbir!.
Jumaat, 16 Januari 2009
RAMALAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA P36
Khamis, 15 Januari 2009
RAKYAT SUDAH MUAK DENGAN BN
- Jalan kampung tidak dibina, bila ada pilihan raya kecil baru hendak buat.
- Baja guna cap Dacing (beli gunakan duit rakyat).
- Anak-anak mereka diugut oleh JKKK apabila diminta untuk mentandatangani borang pemohonan kerja di Jabatan Kerajaan.
- Balai Orang Ramai hanya boleh digunakan oleh UMNO dan BN.
Kakitangan Kerajaan
- Mereka yang bertugas di kampung diawasi. Jika mereka tidak menyokong BN boleh ditukarkan ke mana-mana tempat yang mereka suka.
- Polis digunakan untuk menyekat rakyat yang mahu mendengar ceramah pembangkang.
- Pemakaian kopiah putih adalah dilarang. Hal ini demikian kerana memperlilhatkan sokongan kepada pihak parti pembangkang.
- Mereka dilaranng untuk melawat ke Kelatan.
Akhirnya rakyat luar bandar dan kakitangan kerajaan senyap-senyap:
DENGARLAH APA YANG MEREKA LUAHKAN
- Titisan air mata cetus keinsafan menjelang hari mengundi
- Pengundi Kuala Terengganu mungkin ulangi kejutan
- Sepanduk 'Gurindam Rasuah' Nik Aziz diturunkan
Rabu, 14 Januari 2009
TAHNIAH
Kepada semua petugas-petugas yang bertungkus lumus menolong dan membantu semasa pilihan raya kecil bagi memenangkan calun PAS YB Mohd Wahid Endut bagi kerusi Parlimen Kuala Terangganu. Tahniah dan syabas daripada kami.
- Analisa politik - Profesor Jabatan Sains Politik institusi pengajian Tinggi Awam meramalkan PAS menang dengan majoroti 2000 undi.
- Tuan Guru Nik Aziz - berkeyakinan PAS boleh menang di Kuala Terengganu.
- Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat - PAS boleh menang, melihat daripada sokongan serta sambutan penggundi terhadap majlis yang diadakan.
- Pengundi Cina - Mahukan pemimpin yang bersih dan mudah dampingi rakyat, semasa susah dan senang.
PILIHAN YANG TEPAT
Analisis : Pensyarah ramal PAS menang majoriti 2,000
Intan Abdullah I intan@harakah.net.my Wed Jan 14, 09 10:53:05
Selasa, 13 Januari 2009
ISLAM PECAHKAN TEMBOK KEZALIMAN
Isnin, 12 Januari 2009
POLITIK PERKAUMAN?
KUALA TERENGGANU 12 Jan. 2009 (Utusan Malaysia) – Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa masyarakat India di Parlimen Kuala Terengganu supaya tidak terpengaruh dengan mainan politik perkauman yang menjadi taktik pakatan pembangkang dalam kempen pilihan raya kecil yang sedang berlangsung sekarang.
Timbalan Perdana Menteri berkata, masyarakat India perlu memastikan sokongan yang berterusan kepada Barisan Nasional (BN) yang selama ini, telah terbukti prihatin dengan masalah rakyat termasuk golongan minoriti. ‘‘Masalah kaum India kita bincang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet dan kita cuba cari penyelesaiannya. Dan banyak tindakan pun telah kita ambil.
‘‘Atas sebab itu jangan pula kita ambil tindakan yang di luar cara kita. Cara kita berunding ialah dengan mencari persetujuan bersama untuk selesaikan masalah masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum. ‘‘Kita percaya boleh capai (persetujuan) dengan syarat kita berpakat dan bekerjasama. Kerjasama yang tulen bukan hipokrit.,” katanya ketika berucap pada majlis pertemuan dengan masyarakat India di Parlimen Kuala Terengganu di sebuah hotel di sini hari ini.
Hadir sama, Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu; Setiausaha Agung MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam; Naib Presiden MIC, Datuk S. Sothinathan dan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri berharap, masyarakat bukan Melayu memahami bahawa UMNO bukanlah sebuah parti yang ekstrem seperti yang cuba digambarkan oleh pemimpin pembangkang. Kata beliau, sebaliknya satu dua kenyataan pemimpin dari parti UMNO yang dibangkitkan pembangkang sebelum ini, bukanlah satu ukuran yang mencerminkan polisi sebenar UMNO.
‘‘UMNO itu parti, satu dua pemimpin yang buat kenyataan yang tak kena, memang kita tak boleh elak. ‘‘Itu bukan gambaran polisi UMNO yang sebenarnya, sederhana. Kita tidak pernah ekstrem. UMNO tidak ada polisi ekstrem. Kita adil kepada semua komuniti dan kaum,” tegas Najib.