HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Rabu, 14 April 2010

KITA BERMINAT TUBUH SEKOLAH ANTARABANGSA

Kolej Universiti Insaniah (KUIN) VISI: Menjadi sebuah universiti yang sentiasa dilindungi Allah S.W.T. dalam usahanya memperkasakan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa.MISI: INSANIAH akan mencapai kecemerlangan melalui penyebaran, penerokaan dan proses Islamisasi ilmu.Kerajaan Negeri mendapat permintaan daripada Kulim Industries Tenant Association (KITA) untuk menubuhkan Sekolah Antarabangsa di negeri ini.

Menurut Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Kerajaan Negeri akan mewujudkan sekolah tersebut.

“Universiti di Turki juga turut menawarkan kepada Kerajaan Negeri di mana sebahagiannya adalah di Istanbul dan ini menunjukkan bahawa mereka berminat untuk memilih negeri Kedah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani MoA antara Malaysian Turkish Dialogue Society dan Kolej Universiti Insaniah di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Aman, di sini.

Menteri Besar menjelaskan, Kolej Universiti Insaniah menawarkan 41 program dan kampus tetap di Kuala Ketil sedang dalam kerja-kerja pembinaan.

“Kita juga sedang berusaha mendapatkan pensyarah sebelum menubuhkan Fakulti Perubatan dan pengambilan pelajar untuk program perubatan akan bermula pada bulan Julai dan Ogos 2010,” ujarnya.

Daripada 3,000 pelajar, tambahnya, seramai 4,000 pelajar akan diambil untuk mengikuti program yang ditawarkan di Kolej Universiti Insaniah.

Majlis menandatangani MoA itu disaksikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Kedutaan Turki di Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Puan Serap Attay.
(Sumber : Warta Kedah Sejahtera)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan