HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Selasa, 27 April 2010

KEDAH WUJUD 5,000 HEKTAR SUMBER BALAK

Getah tua dari klon biasa, masanya telah tiba untuk tanaman semulaKerajaan akan Negeri Kedah akan melaksanakan projek Pembangunan Ladang Hutan Getah Klon Balak di Hutan Simpan Gunung Inas dengan keluasan 5,000 hektar sebagai persediaan sumber balak dan kegunaan industri kayu tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, dengan penubuhan ladang balak tersebut ia dijangka dapat meningkatkan lagi produktiviti hasil hutan.

Pokok yang subur akan menghasilkan lateks yang lebih.

"Sehingga ini sebanyak 1,400 hektar telah pun ditawarkan kepada para pengusaha dan kawasan untuk penanaman sedang disediakan. Pengeluaran kayu balak dalam Hutan Simpan Kekal adalah mengikut spesifikasi seperti mana yang telah ditetapkan melalui sistem pengurusan memilih atau selective management system.

Kebun yang luas akan memberi pendapatan yang lebih kepada pekebun.

"Dalam kaedah ini pokok matang berukuran lilit tertentu sahaja yang akan ditebang. Manakala penandaan pokok pula akan ditentukan melalui keputusan hasil inventori hutan sebelum aktiviti penebangan dilaksanakan," ujarnya semasa menjawab soalan dalam sidang Dewan Undangan Negeri semalam.

Kebun getah klon biasa ditanam di kawasan Bukit Lala, Pokok Sena.

Beliau juga berkata, langkah-langkah perlindungan sentiasa dilakukan dalam pengurusan hutan bagi menjamin kelestarian sumber alam semula jadi.

Lawatan penulis ke kilang kayu getah di Dehran, Pokok Sena.

Sementara itu, katanya pelaburan dalam bidang pembalakan dan pembangunan ladang hutan di Papua New Guinea, masih lagi dalam proses perancangan serta menanti kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan negara tersebut.

"Sehingga ini syarikat berkaitan kerajaan(GLC)tersebut masih tidak dapat menjalankan kerja-kerja penebangan sebelum mendapat kelulusan daripada Forest Clearing Authority (FCA).

"Kerajaan Negeri juga sedang menjalankan pemantauan terhadap projek berkenaan serta beberapa projek yang lain yang dikendalikan oleh GLC tersebut," katanya lagi.

(Sumber: Harakahdaily 27April 2010)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan