“Persekitaran yang sihat, bersih dan selesa jauh lebih penting berbanding kediaman bernilai ribuan ringgit”. Itulah harapan bagi sesetengah orang terhadap konsep kediamannya. Oleh itu ramai yang mengharapkan sebuah kediaman berkonsepkan gaya hidup yang sihat dan selesa.
Kita juga beranggapan apabila bersara dari penjawat awam lebih banyak ruang masa untuk berehat. Namun sebaliknya celik mata saja setiap perkara remeh seperti sampah, daun kering, menyiram pokok-pokok dan mengelap habuk menjadi tugas harian yang perlu dilakukan. Maklumlah takkan semua kerja rumah hendak dibuat oleh isteri. Sanggupkah kita membiarkan rumah berdebu dan sampah bertaburan di sekeliling rumah kita?
Tentunya sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap hidup berkeluarga setiap kerja dan permasalahan dapat dikongsi bersama. Dengan itu, barulah kebahagian hidup dapat dirasai. Kerja-kerja yang dilakukan perlulah dibuat dengan penuh rasa tanggunjawab dan bertimbang rasa.
Kebiasaannya seawal pagi, saya perlu menghantar anak ke sekolah. Kemudian saya akan singgah ke pasar membeli ikan dan daging untuk keperluan barangan dapur. Setelah semuanya selesai kami akan memulakan kerja-kerja membersih di kawasan rumah.
Ada kalanya menyangkul di kawasan kebun yang berdekatan. Kami menanam sayuran yang mudah ditanam termasuk kacang bendi, cili, kunyit, serai, kangkung dan sebagainya. Memang puas dapat merasa sayur-sayuran segar yang kita tanam sendiri di belakang rumah.
Selain untuk kegunaan sendiri, sayur-sayuran itu juga boleh diberikan kepada jiran-jiran yang berhampiran. Sudah tentu tindakan ini akan menjimatkan perbelanjaan dan secara tidak langsung, cara ini juga boleh merapatkan hubungan sesama jiran dan seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang harmoni.
Kami turut menanam pokok nenas, pisang dan betik. Walaupun kawasan tanaman tidak luas, namun bebaloi dengan hasil yang diperoleh. Ternakan seperti kambing biri-biri, itik dan ikan juga kami usahkan sebagai usaha tambahan untuk makanan tambahan buat keluarga.
Bercucuk tanam di kebun merupakan salah satu hobi kami sebagai memenuhi masa lapang setelah selesai kami meluangkan masa mengikuti perkembangan berita dunia dan berita semasa melalui IT. Dengan adanya kawasan persekitaran yang menghijau dan halaman yang luas dan selesa dengan udara segar nyaman di kampung membuatkan kita berasa lebih ceria dan seronok menjalani hari-hari dalam hidup kita.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan