Di Kedah masakan gulai umbut pisang sangat popular di sini terutamanya di kawasan kampung pendalaman. Mereka menyediakan untuk jamuan kenduri kawin atau jamuan buat keluarga, kerana batang pisang amat mudah diperolehi.
Gulai umbut pisang biasanya dimasak bersama tulang, perut lembu, atau daging kambing. Untuk resepi kali ini kami telah mencuba daging kambing untuk hidangan keluarga. Secara kebetulan anak-anak kami telah balik bercuti sempena cuti sekolah pada penggal yang lepas.
Inilah masa kami mengadakan jamuan keluarga. Kami ada membela kambing biri-biri bukanlah untuk tujuan komersial tetapi hanya sekadar untuk suka-suka. Reaksi anak-anak kami terhadap gulai umbut pisang amat membanggakan. Apa tidaknya tulang yang ada bersama daging kambing rasanya manis dan lazat bila dimakan.
Bersama ini kami sertakan resepinya, jika secara kebetulan anda datang ke pondok kami, anda tidak terkecuali menjadi tetamu kami. Tidak anda siapa lagi, sekali anda cuba pastinya akan ulang semula. Telio….
Bahan-bahan :
• Sedepa panjangnya umbut pisang (ambil 2 batang)
• 500 gm daging kambing berserta tulang.
• 2 bungkus serbuk kari daging.
• Kerisik segar dari 1/2 biji kelapa.(lebih kurang 7- 9 sudu)
• 5 ulas bawang merah dan putih.(ditumbuk halus)
• Santan secukupnya.
• Minyak untuk menumis.
• Sedikit garam dan perasa Hilal jika perlu.
Cara-cara
1. Daging kambing dipotong bersama tulangnya dan dibersihkan. Digaul dengan serbuk kari dan kerisik.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang hingga naik bau dan kekuningan.
3. Masukkan daging kambing.Perlahankan api dan biarkan daging mengeluarkan airnya untuk 2 minit,masukkan garam secukupnya.
4. Masukkan santan dan panaskan dengan api yang serhana.
5. Masukkan umbut pisang.Tunggu hingga umbut layu dan empuk.
6. Jika dagin dan umbut tadi sudah lembut tutup api dan sediakanlah panas.
Umbut pisang cubalah, untuk lebih selera sediakan bersama minuman jus bacang jika ada.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan