HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Khamis, 8 April 2010

EL-NINO : HASIL MINYAK SAWIT DIRAMAL SUSUT

Gambar hiasan : Jalan pintas melalui kebun sawit kampung Padang Serai dari Pekan Pokok Sena ke jalan Kuala Nerang, hijau dan redup, kesegerannya sungguh terasaIOI Corporation Bhd. (IOI) meramalkan pengeluaran minyak sawit tempatan menyusut pada tahun ini dan harganya mencecah sehingga RM2,800 satu tan berikutan fenomena kemarau El-Nino.

Namun, permintaan terhadap minyak sawit mentah di pasaran antarabangsa dijangka masih kukuh.

Pengerusi eksekutifnya, Tan Sri Lee Shin Ching berkata, bagaimanapun harga minyak sawit susut sejak bulan lepas berikutan pengukuhan ringgit berbanding dollar Amerika Syarikat.

"Pembeli membuat transaksi dalam dolar Amerika Syarikat yang menyebabkan kadar tukarannya menjadi rendah berikutan kelemahan dolar Amerika Syarikat pada waktu ini.

"Bagi mereka, harga minyak kelapa sawit kita murah dan kita menerima lebih aliran masuk mata wang dolar Amerika Syarikat,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian bank cawangan Hong Leong Bank Bhd. (HLBB) Bandar Puteri di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Urusan Kumpulan HLBB, Yvonne Chia.

Ketika ditanya adakah hasil pengeluaran IOI menyusut pada tahun ini, Shin Ching berkata, pihaknya meramalkan penyusutan sebanyak lapan peratus berbanding tahun lalu berikutan kemarau.

(Sumber : Utusan 8 April 2010)

“Sekiranya penduduk negeri ini beriman dan bertaqwa, nescaya Kami bukakan keberkatan kepada mereka yang keluar daripada langit dan keluar daripada bumi” (Al-A’raf: 96)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan