HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Ahad, 18 April 2010

GETAH MAHAL PENYAKIT DATANG

Penyakit kulit, hasilnya tiada. Lokasi : Bukit Mee, Payarawa, Tobiar, Pedang, Kedah.@tiblakedah.blogspot.com
Jika kita mempunyai kebun seluas melebihi 5 ekar pastinya anda akan menerima pulangan yang besar hasil jualan getah skrup. Apa tidak harganya sekarang mencecar sekitar RM 4.80 sekilogram.


Bagaimana pun anda akan terkilan jika pokok yang diharapkan tidak dapat menjanjikan hasil yang lumayan kerana pokok getah anda telah dijangkiti penyakit. Sebelum terlambat saya syorkan anda menghubungi Unit Pembaikan dan Pelindungan Tanaman (UPPT) Lembaga Getah Malaysia, di Sungai Buloh, Selangor di talian 03 61561121.

Anda perlu bertindak segera, sebelum terlambat, jika tidak anda akan berputih mata, apa tidaknya hasil getah yang anda harapkan tidak kecapaian hubungilah mereka. Pastinya mereka boleh membantu anda.

Kulit kering dan kulat berwarna kemerahan di sekeliling batang pokok.
Deretan pokok yang telah dijangkit penyakit, merebak ke pokok yang berdekatan.
Keadaan daun kekuningan dan gugur, kulit pokok menjadi kering.
Ada yang luruh daunnya dan ada pokok yang telah mati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan