HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Sabtu, 17 April 2010

KEPENTINGAN TUMBUH-TUMBUHAN DALAM KEHIDUPAN


Jalan besar ke Kuala Nerang dar Pekan Pokok SenaTidak dinafikan, dimuka bumi ini dipenuhi dengan pelbagai flora. Sama ada flora tersebut berguna kepada kehidupan manusia atau tidak namun jika kita amati sebenarnya tumbuhan-tumbuhan ini adalah sesuatu yang unik dan menarik. Tidak ramai antara kita yang terfikir kemungkinan yang akan terjadi kepada kehidupan manusia sekiranya kehidupan ini tanpa alam tumbuhan.

Dusun buah-buahan dan tanaman buluh madu di kampung Tok Kun.
Mungkin ada yang berpendapat manusia tidak boleh hidup tanpa tumbuhan kerana sumber makanan manusia secara langsung atau tidak disumbangkan oleh tumbuhan. Disamping itu juga kegunaannya yang pelbagai seperti sumber tambahan pendapatan, perubatan dan sebagainya namun kita juga perlu menyedari pokok-pokok juga boleh dijadikan sebagai tanaman hiasan taman atau di dalam rumah.

Halaman rumah ditanam bunga kertas di Kg. Padang Serai.
Pokok hiasan yang kita tanam berupaya untuk menyerikan sesuatu kediaman atau sesebuah bangunan itu. Di negara kita contohnya, kita boleh dapati setiap rumah mempunyai pokok hiasan walaupun hanya terdiri dari sejenis tumbuhan sahaja.

Pokok bunga hiasan pentas di perasmian Bandar Sejahtera.
Kepentingan dan keperluan kepada tanaman hiasan dewasa ini telah menyebabkan ramai pengusaha telah mencuba untuk mengkormesialkan tumbuhan hiasan ini. Untuk terus menikmati dan menghargai kehidupan, manusia memerlukan santapan rohani contohnya kehijauan, ketenangan dan kedamaian untuk mendorong manusia terus produktif dan ceria.

Bunga gantung di rumah contoh di bandar Sejahtera, Pokok Sena.
Itulah jawapan mengapa pokok-pokok diperlukan untuk menghiasi halaman rumah, pinggir jalan, kawasan awam, kompleks membeli belah, ruang legar hotel dan pejabat, taman rekreasi serta perkarangan bangunan. Warna hijau pokok-pokok yang ditanam untuk menghiasi laman dan dalaman rumah, bangunan komersial dan kawasan awam dapat melahirkan suasana tenang dan damai.

Hijau rimbun menyegarkan kawasan persekitaran. Km 22 Pokok Sena.
Pokok hiasan juga memainkan peranan penting sebagai penyaman udara di kawasan terbuka kerana pokok-pokok berfungsi sebagai penyerap debu atau jerebu dan menukar udara yang mengandungi karbon dioksida kepada oksigen. Kita sebagai individu atau masyarakat mampu melakukan sesuatu demi menjaga kawasan persekitaran yang lebih hijau bersih dan selesa demi masa depan yang lebih mencabar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan