Jumaat pagi saya, isteri dan anak-anak telah pergi ke kebun getah. Kami sampai ke kebun dalam pukul 9.00 pagi. Setibanya ke kebun kami masing-masing memulakan tugas.
Saya menebang pokok-pokok yang tumbuh dengan menggunakan gergaji enjin. Isteri saya pula menebas rumput dan pokok-pokok kecil yang tumbuh di kawasan persekitaran pokok getah. Manakala anak saya pula menabur baja di sekeliling pokok getah.
Setelah dua jam berkerja kami pun berehat di bawah teduhan pokok getah sambil menikmati bekal makanan yang dibawa. Seronok juga berehat di sini sambil menikmati udara segar dan mendengar kicauan burung dan unggas yang berlegar di kawasan persekitaran kebun.
Kami tidak mampu lagi meneruskan kerja, maklumlah bila kebun semak, tenaga yang digunakan untuk menebang dan menebas menyebabkan keletihan. Walau bagaimanpun esok kami akan datang lagi kerana anak-anak masih bercuti.
Sesuatu kerja yang jika dilakukan sedikit demi sedikit, namun jika ianya dilakukan secara berterusan pastinya akan dapat diselesaikan jua.
Kerajaan akan Negeri Kedah akan melaksanakan projek Pembangunan Ladang Hutan Getah Klon Balak di Hutan Simpan Gunung Inas dengan keluasan 5,000 hektar sebagai persediaan sumber balak dan kegunaan industri kayu tidak lama lagi.
Pokok yang subur akan menghasilkan lateks yang lebih.
"Sehingga ini sebanyak 1,400 hektar telah pun ditawarkan kepada para pengusaha dan kawasan untuk penanaman sedang disediakan. Pengeluaran kayu balak dalam Hutan Simpan Kekal adalah mengikut spesifikasi seperti mana yang telah ditetapkan melalui sistem pengurusan memilih atau selective management system.
Kebun yang luas akan memberi pendapatan yang lebih kepada pekebun.
"Dalam kaedah ini pokok matang berukuran lilit tertentu sahaja yang akan ditebang. Manakala penandaan pokok pula akan ditentukan melalui keputusan hasil inventori hutan sebelum aktiviti penebangan dilaksanakan," ujarnya semasa menjawab soalan dalam sidang Dewan Undangan Negeri semalam.
Kebun getah klon biasa ditanam di kawasan Bukit Lala, Pokok Sena.
Beliau juga berkata, langkah-langkah perlindungan sentiasa dilakukan dalam pengurusan hutan bagi menjamin kelestarian sumber alam semula jadi.
Lawatan penulis ke kilang kayu getah di Dehran, Pokok Sena.
Sementara itu, katanya pelaburan dalam bidang pembalakan dan pembangunan ladang hutan di Papua New Guinea, masih lagi dalam proses perancangan serta menanti kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan negara tersebut.
"Sehingga ini syarikat berkaitan kerajaan(GLC)tersebut masih tidak dapat menjalankan kerja-kerja penebangan sebelum mendapat kelulusan daripada Forest Clearing Authority (FCA).
"Kerajaan Negeri juga sedang menjalankan pemantauan terhadap projek berkenaan serta beberapa projek yang lain yang dikendalikan oleh GLC tersebut," katanya lagi.
Menyulam benih padi semaian ke tempat yang tidak ditumbuhi anak padi yang mana sebelum ini telah ditabur padi dengan menggunakan injin. Kawasan sawah di kampung kiew ini memperolehi air melalui saliran yang disediakan oleh pihak MADA.
Sebagai petani yang terlibat secara tidak langsung dalam pengeluaran padi, para petani khususnya di Bukit Lala Pokok Sena tidak menghadapi masallah besar kerana mereka hanya menggunakan tadahan air hujan untuk disalikan ke petak sawah.
Mereka yang tinggal di kawasan ini adalah di antara penyumbang yang bermakna kepada hasil pengeluaran beras negara. Walaupun tidak banyak tetapi cukup bermakna bagi petani yang tinggal di sini.
Buat masa ini petani di sini sedang sebuk membajak dan meratakan sawah padi untuk ditanam dengan padi. Sehingga kini mereka ada yang telah menabur benih dan ada yang baru selesai meratakannya. Mereka menabur baja benih padi dengan menggunan mesin penyembur.
Ada di antara kerja-kerja yang mereka lakukan dibuat sendiri atau di upah kepada penduduk setempat. Untuk pengetahuan petani di sini terpaksa berlumba-lumba untuk menanamnya kerana sekarang musim hujan.
Untuk memudahkan benih tumbuh dengan baik mereka perlu membuang air keluar ke kawasan parit yang berdekatan.
Setelah benih tadi tumbuh dengan baik barulah mereka menutup petak-petak sawah tadi supaya air dapat bertakung di kawasan petak-petak sawah untuk memudahkan pokok padi hidup subur dengan mendapatkan air dengan secukupnya.
Sementara menunggu padi mengeluarkan hasil mereka melakukan kerja-keja membaja dan meracun untu menggelakan serangan serangga perosak. Jika dijaga dengan sempurna pastinya hasil yang diperolehi berbaloi dengan usaha yang dilakukan.
Di Kedah masakan gulai umbut pisang sangat popular di sini terutamanya di kawasan kampung pendalaman. Mereka menyediakan untuk jamuan kenduri kawin atau jamuan buat keluarga, kerana batang pisang amat mudah diperolehi.
Gulai umbut pisang biasanya dimasak bersama tulang, perut lembu, atau daging kambing. Untuk resepi kali ini kami telah mencuba daging kambing untuk hidangan keluarga. Secara kebetulan anak-anak kami telah balik bercuti sempena cuti sekolah pada penggal yang lepas.
Inilah masa kami mengadakan jamuan keluarga. Kami ada membela kambing biri-biri bukanlah untuk tujuan komersial tetapi hanya sekadar untuk suka-suka. Reaksi anak-anak kami terhadap gulai umbut pisang amat membanggakan. Apa tidaknya tulang yang ada bersama daging kambing rasanya manis dan lazat bila dimakan.
Bersama ini kami sertakan resepinya, jika secara kebetulan anda datang ke pondok kami, anda tidak terkecuali menjadi tetamu kami. Tidak anda siapa lagi, sekali anda cuba pastinya akan ulang semula. Telio….
Bahan-bahan : • Sedepa panjangnya umbut pisang (ambil 2 batang) • 500 gm daging kambing berserta tulang. • 2 bungkus serbuk kari daging. • Kerisik segar dari 1/2 biji kelapa.(lebih kurang 7- 9 sudu) • 5 ulas bawang merah dan putih.(ditumbuk halus) • Santan secukupnya. • Minyak untuk menumis. • Sedikit garam dan perasa Hilal jika perlu.
Cara-cara 1. Daging kambing dipotong bersama tulangnya dan dibersihkan. Digaul dengan serbuk kari dan kerisik. 2. Panaskan minyak. Tumis bawang hingga naik bau dan kekuningan. 3. Masukkan daging kambing.Perlahankan api dan biarkan daging mengeluarkan airnya untuk 2 minit,masukkan garam secukupnya. 4. Masukkan santan dan panaskan dengan api yang serhana. 5. Masukkan umbut pisang.Tunggu hingga umbut layu dan empuk. 6. Jika dagin dan umbut tadi sudah lembut tutup api dan sediakanlah panas. Umbut pisang cubalah, untuk lebih selera sediakan bersama minuman jus bacang jika ada.
@tiblakedah.blogspot.com Jika kita mempunyai kebun seluas melebihi 5 ekar pastinya anda akan menerima pulangan yang besar hasil jualan getah skrup. Apa tidak harganya sekarang mencecar sekitar RM 4.80 sekilogram.
Bagaimana pun anda akan terkilan jika pokok yang diharapkan tidak dapat menjanjikan hasil yang lumayan kerana pokok getah anda telah dijangkiti penyakit. Sebelum terlambat saya syorkan anda menghubungi Unit Pembaikan dan Pelindungan Tanaman (UPPT) Lembaga Getah Malaysia, di Sungai Buloh, Selangor di talian 03 61561121.
Anda perlu bertindak segera, sebelum terlambat, jika tidak anda akan berputih mata, apa tidaknya hasil getah yang anda harapkan tidak kecapaian hubungilah mereka. Pastinya mereka boleh membantu anda.
Kulit kering dan kulat berwarna kemerahan di sekeliling batang pokok.
Deretan pokok yang telah dijangkit penyakit, merebak ke pokok yang berdekatan. Keadaan daun kekuningan dan gugur, kulit pokok menjadi kering. Ada yang luruh daunnya dan ada pokok yang telah mati.
Tidak dinafikan, dimuka bumi ini dipenuhi dengan pelbagai flora. Sama ada flora tersebut berguna kepada kehidupan manusia atau tidak namun jika kita amati sebenarnya tumbuhan-tumbuhan ini adalah sesuatu yang unik dan menarik. Tidak ramai antara kita yang terfikir kemungkinan yang akan terjadi kepada kehidupan manusia sekiranya kehidupan ini tanpa alam tumbuhan.
Dusun buah-buahan dan tanaman buluh madu di kampung Tok Kun.
Mungkin ada yang berpendapat manusia tidak boleh hidup tanpa tumbuhan kerana sumber makanan manusia secara langsung atau tidak disumbangkan oleh tumbuhan. Disamping itu juga kegunaannya yang pelbagai seperti sumber tambahan pendapatan, perubatan dan sebagainya namun kita juga perlu menyedari pokok-pokok juga boleh dijadikan sebagai tanaman hiasan taman atau di dalam rumah.
Halaman rumah ditanam bunga kertas di Kg. Padang Serai.
Pokok hiasan yang kita tanam berupaya untuk menyerikan sesuatu kediaman atau sesebuah bangunan itu. Di negara kita contohnya, kita boleh dapati setiap rumah mempunyai pokok hiasan walaupun hanya terdiri dari sejenis tumbuhan sahaja.
Pokok bunga hiasan pentas di perasmian Bandar Sejahtera.
Kepentingan dan keperluan kepada tanaman hiasan dewasa ini telah menyebabkan ramai pengusaha telah mencuba untuk mengkormesialkan tumbuhan hiasan ini. Untuk terus menikmati dan menghargai kehidupan, manusia memerlukan santapan rohani contohnya kehijauan, ketenangan dan kedamaian untuk mendorong manusia terus produktif dan ceria.
Bunga gantung di rumah contoh di bandar Sejahtera, Pokok Sena.
Itulah jawapan mengapa pokok-pokok diperlukan untuk menghiasi halaman rumah, pinggir jalan, kawasan awam, kompleks membeli belah, ruang legar hotel dan pejabat, taman rekreasi serta perkarangan bangunan. Warna hijau pokok-pokok yang ditanam untuk menghiasi laman dan dalaman rumah, bangunan komersial dan kawasan awam dapat melahirkan suasana tenang dan damai.
Hijau rimbun menyegarkan kawasan persekitaran. Km 22 Pokok Sena.
Pokok hiasan juga memainkan peranan penting sebagai penyaman udara di kawasan terbuka kerana pokok-pokok berfungsi sebagai penyerap debu atau jerebu dan menukar udara yang mengandungi karbon dioksida kepada oksigen. Kita sebagai individu atau masyarakat mampu melakukan sesuatu demi menjaga kawasan persekitaran yang lebih hijau bersih dan selesa demi masa depan yang lebih mencabar.
Kerajaan Negeri mendapat permintaan daripada Kulim Industries Tenant Association (KITA) untuk menubuhkan Sekolah Antarabangsa di negeri ini.
Menurut Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Kerajaan Negeri akan mewujudkan sekolah tersebut.
“Universiti di Turki juga turut menawarkan kepada Kerajaan Negeri di mana sebahagiannya adalah di Istanbul dan ini menunjukkan bahawa mereka berminat untuk memilih negeri Kedah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani MoA antara Malaysian Turkish Dialogue Society dan Kolej Universiti Insaniah di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Aman, di sini.
Menteri Besar menjelaskan, Kolej Universiti Insaniah menawarkan 41 program dan kampus tetap di Kuala Ketil sedang dalam kerja-kerja pembinaan.
“Kita juga sedang berusaha mendapatkan pensyarah sebelum menubuhkan Fakulti Perubatan dan pengambilan pelajar untuk program perubatan akan bermula pada bulan Julai dan Ogos 2010,” ujarnya.
Daripada 3,000 pelajar, tambahnya, seramai 4,000 pelajar akan diambil untuk mengikuti program yang ditawarkan di Kolej Universiti Insaniah.
Majlis menandatangani MoA itu disaksikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Kedutaan Turki di Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Puan Serap Attay.
Sains dan teknologi bukan saja dimanfaatkan untuk memudahkan tugas seharian manusia tetapi juga mampu meningkatkan pendapatan jika digunakan untuk mencapai matlamat yang betul.
Penggunaan bahan kimia atau manipulasi secara bioteknologi dalam bidang pertanian contohnya berupaya meningkatkan hasil tanaman. Hari ini, Lembaga Getah Malaysia (LGM) berjaya mengubah stigma itu dengan membantu pekebun kecil getah.
Teknologi yang digunakan adalah penggunaan bahan kimia etilena (dalam bentuk gas) dan etefon (cecair) bagi merangsangkan kulit pokok getah. Bahan kimia cecair yang disapu pada kulit pokok getah (pada bahagian torehan) menyebabkan tindak balas dengan tisu kulit kayu (foloem). Reaksi yang sama juga berlaku jika tabung gas etilena dilekap kepada kulit pokok getah.
Tindak balas antara tisu kulit kayu dengan bahan kimia menyebabkan saluran lateks dalam kulit kayu getah lambat membeku. Ini mengakibatkan aliran susu getah untuk tempoh yang lebih lama selepas ditoreh berbanding pokok yang tidak dirangsangkan dengan bahan kimia.
Saluran lateks pada kulit kayu getah akan membeku dalam tempoh beberapa jam tanpa bahan kimia rangsangan itu. Aliran keluar susu getah yang lebih lama selepas dirangsang dengan bahan kimia bukan saja menghasilkan lateks yang lebih banyak tetapi juga membolehkan kerja torehan dilakukan antara empat hingga enam hari sekali atau purata dua kali seminggu.
Kaedah torehan yang tidak perlu dilakukan setiap hari seperti cara biasa itu dinamakan torehan Intensiti Rendah atau lebih dikenali sebagai LITS (Low Intensity Tapping System) di kebun-kebun dan ladang getah di negara ini adalah merupakan satu teknologi pengeluaran getah terkini yang telah diperkenalkan oleh LGM bagi mengurangkan keperluan tenaga buruh dan pada masa yang sama meningkatkan hasil dan pendapatan pekebun kecil.
Kaedah khas untuk pokok yang dirangsang dengan bahan kimia etilena atau etafon. Kaedah rangsangan menggunakan gas dinamakan RRIMflow manakala yang menggunakan cecair etefon dipanggil ReactoRRIM. Kedua-dua kaedah manipulasi pokok getah itu adalah yang pertama dicipta dalam industri tanaman komoditi berkenaan. (Sumber Info ringkas : LGM)
Usaha kerajaan negeri merakyatkan projek-projek pertanian mendapat sokongan padu daripada Kedah Agro Holdings Berhad bagi meingkatkan taraf ekonomi rakyat serta meningkatkan Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK) sektor pertanian negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB. Dato’ Ir Amiruddin Hamzah berkata, dalam usaha memaksimakan penglibatan rakyat dalam program pertanian, kerajaan negeri juga dapat mengurangkan import produk makanan.
“Adalah menjadi hasrat Menteri Besar untuk melibatkan rakyat dalam sektor pertanian, tetapi adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memastikan pasaran terlebih dahulu bagi mengelakkan kos pengeluaran yang tinggi serta memastikan rakyat mendapat hasil daripada usaha mereka.
“Oleh itu Kedah Agro bukan sahaja membantu meningkatkan pertumbuhan sektor pertanian, malah mereka (Kedah Agro) juga perlu memastikan penglibatan rakyat semaksimum yang mungkin dalam projek-projek pertanian negeri,” ujar beliau pada Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Projek Kumpulan Kedah Agro di Wisma Darul Aman, di sini.
Menurut beliau, perjanjian yang ditandatangani pada hari ini adalah sebahagian daripada projek yang dirancangkan melalui Kedah Agro Holdings Berhad dan merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kerajaan dalam merakyatkan program ekonomi.
Memorandum persefahaman antara Kedah Agro Plantations Sdn Bhd (KAPSB) dengan pemilik tanah terbiar di Kampung Teluk Sera, Sidam Kanan, Kulim membabitkan keluasan tanah 20 hektar yang bakal ditanam dengan kelapa sawit.
“Projek usahasama ini merupakan CSR kita, di mana penduduk kampung dikehendaki menyediakan tanah, manakalan Kedah Agro menyediakan modal serta pengurusan penanaman kelapa sawit yang mana keuntungan akan diagihkan sama rata, iaitu 50-50.
“Penglibatan 24 peserta dalam projek ini telah ditetapkan dalam tempoh 15 tahun, kos pelaksanaan adalah RM220,000 telah dipinjamkan oleh Perbadanan Menteri Besar Kedah dan akan memulakan operasi pada 1 Mei.
“Melalui projek ini diharap dapat meningkatkan taraf hidup penduduk kampung, dan merupakan projek perintis sebelum ianya dikembangkan ke tanah-tanah terbiar yang lain,” jelas beliau.
Tambah beliau, projek usahasama kedua adalah projek pengumpulan kuarantin dan penjualan lembu daging di Mukim Sungai Laka, Kubang Pasu antara Kedah Agro Livestock Sdn Bhd dengan Green Agro Sdn Bhd di atas tapak seluas 46.8 ekar.
“Kedah Agro Livestock menyewa tapak ini daripada PKNK selama 10 tahun, dan projek ini dibiayai sepenuhnya oleh Green Agro sebanyak RM2 juta.
“Apabila lembu dikuarantin di kampung ini, maka sudah tentu lembu-lembu ini memerlukan makanan, maka ia memerlukan penglibatan penduduk kampung untuk menyediakan makanan tersebut, ianya dicaj, jadi ianya menjadi peluang penduduk kampung meningkatkan pendapatan mereka,” ujar beliau.
Projek ketiga merupakan perjanjian usahasama antara Kedah Agro Aquaculture Sdn Bhd dengan syarikat bumiputera Golden Protections Sdn Bhd dari Pulau Pinang bagi penternakan dan pembenihan ikan kerpau harimau.
“Projek ini juga akan melibatkan penduduk tempatan dan kos RM10 juta dibiayai oleh sepenuhnya oleh Golden Protections Sdn Bhd, manakala Kedah Agro Aquaculture menyediakan kemudahan peralatan serta tenaga mahir dalam bidang ternakan ikan kerapu harimau,” jelas beliau. (Sumber : Warta Kedah)
@tiblakedah.blogspot.com Pada masa dahulu, air perigi merupakan sumber utama bekalan air bersih tetapi hari ini, dengan terbinanya banyak rumah dan tandas kumbahan, menyebabkan air perigi sudah tidak selamat lagi untuk diminum.
Jalan penduduk kampung ke kawasan kebun getah.
Kami penduduk di Bukit Lala, pekara ini tidak menjadi masallah. Rumah kami terletak berjauhan di antara satu dengan yang lain. Kami menggunakan air paip dan air perigi. Air perigi biasanya kami mengunakan timba atau pam letrik. Pam letrik mampu kami miliki dan boleh dibeli hanya dengan harga RM 100 seunit
Kawasan persekitaran yang menghijau udaranya masih bersih dan segar, mampu memberi keselesaan bagi penduduk di kampung kami.
Air perigi di sini masih belum tecemar kerana jauh dari kawasan perindustrian. Airnya masih jernih dan rasanya amat sesuai kepada mereka yang suka minum air mineral. Sekiranya bekalan air paip putus kami tidak risau kerana air perigi masih boleh digunakan.
Kejernihan air sungai di Kepala Bendang, Tualang masih boleh digunakan untuk mandi dan membasuh pakaian.
Kita harus ingat bahawa dengan adanya projek perumahaan yang sangat pesat di kawasan bandar, kemungkinan satu hari nanti sumber air akan berkurangan. Kami di sini telah mengambil langkah alternatif degan mengekalkan air perigi di kampung kami. Bak kata peribahasa "Sediakan payung sebelum hujan".
Orang sombong memang tidak selalu orang yang kaya, orang yang pintar, ataupun orang yang tampan. Yang jelas ciri orang yang sombong tidak lain adalah:
1. Mendustakan kebenaran 2. Menggangap rendah orang lain
Ciri yang pertama sudah jelas, kita adalah orang yang sangat sombong jika tidak mau mengakui kebenaran. Bahkan bisa jadi kemudian kita malah mengarang kebohongan untuk menutupi kebenaran itu. Ingat, sekali berbohong, maka selanjutnya kita akan terus berbohong, lagi, dan lagi…
Ciri yang kedua mungkin seringkali kita pandang remeh. Kita menganggap diri kita lebih tinggi derajatnya dibanding orang lain. Ujung-ujungnya, kita tidak terlalu menghargai orang lain, dan disengaja atau tidak kita bisa melukai hati dan perasaan orang yang kita anggap rendah tersebut.
Apakah ciri itu ada pada diri kita? Jika iya, segera mohon maaf, kita bukanlah orang yang sempurna, punya banyak kekurangan.Dengan mengetahui kekurangan diri, kita boleh terus memperbaiki diri.
Rasulullah pernah bersabda: “Tidak akan masuk surga, barang siapa yang dihatinya ada kesombongan, ketakaburan walau sebesar zarrah” (Al Hadist).
IOI Corporation Bhd. (IOI) meramalkan pengeluaran minyak sawit tempatan menyusut pada tahun ini dan harganya mencecah sehingga RM2,800 satu tan berikutan fenomena kemarau El-Nino.
Namun, permintaan terhadap minyak sawit mentah di pasaran antarabangsa dijangka masih kukuh.
Pengerusi eksekutifnya, Tan Sri Lee Shin Ching berkata, bagaimanapun harga minyak sawit susut sejak bulan lepas berikutan pengukuhan ringgit berbanding dollar Amerika Syarikat.
"Pembeli membuat transaksi dalam dolar Amerika Syarikat yang menyebabkan kadar tukarannya menjadi rendah berikutan kelemahan dolar Amerika Syarikat pada waktu ini.
"Bagi mereka, harga minyak kelapa sawit kita murah dan kita menerima lebih aliran masuk mata wang dolar Amerika Syarikat,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian bank cawangan Hong Leong Bank Bhd. (HLBB) Bandar Puteri di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Urusan Kumpulan HLBB, Yvonne Chia.
Ketika ditanya adakah hasil pengeluaran IOI menyusut pada tahun ini, Shin Ching berkata, pihaknya meramalkan penyusutan sebanyak lapan peratus berbanding tahun lalu berikutan kemarau. (Sumber : Utusan 8 April 2010)
“Persekitaran yang sihat, bersih dan selesa jauh lebih penting berbanding kediaman bernilai ribuan ringgit”. Itulah harapan bagi sesetengah orang terhadap konsep kediamannya. Oleh itu ramai yang mengharapkan sebuah kediaman berkonsepkan gaya hidup yang sihat dan selesa.
Kita juga beranggapan apabila bersara dari penjawat awam lebih banyak ruang masa untuk berehat. Namun sebaliknya celik mata saja setiap perkara remeh seperti sampah, daun kering, menyiram pokok-pokok dan mengelap habuk menjadi tugas harian yang perlu dilakukan. Maklumlah takkan semua kerja rumah hendak dibuat oleh isteri. Sanggupkah kita membiarkan rumah berdebu dan sampah bertaburan di sekeliling rumah kita?
Tentunya sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap hidup berkeluarga setiap kerja dan permasalahan dapat dikongsi bersama. Dengan itu, barulah kebahagian hidup dapat dirasai. Kerja-kerja yang dilakukan perlulah dibuat dengan penuh rasa tanggunjawab dan bertimbang rasa.
Kebiasaannya seawal pagi, saya perlu menghantar anak ke sekolah. Kemudian saya akan singgah ke pasar membeli ikan dan daging untuk keperluan barangan dapur. Setelah semuanya selesai kami akan memulakan kerja-kerja membersih di kawasan rumah.
Ada kalanya menyangkul di kawasan kebun yang berdekatan. Kami menanam sayuran yang mudah ditanam termasuk kacang bendi, cili, kunyit, serai, kangkung dan sebagainya.Memang puas dapat merasa sayur-sayuran segar yang kita tanam sendiri di belakang rumah.
Selain untuk kegunaan sendiri, sayur-sayuran itu juga boleh diberikan kepada jiran-jiran yang berhampiran. Sudah tentu tindakan ini akan menjimatkan perbelanjaan dan secara tidak langsung, cara ini juga boleh merapatkan hubungan sesama jiran dan seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang harmoni.
Kami turut menanam pokok nenas, pisang dan betik. Walaupun kawasan tanaman tidak luas, namun bebaloi dengan hasil yang diperoleh. Ternakan seperti kambing biri-biri, itik dan ikan juga kami usahkan sebagai usaha tambahan untuk makanan tambahan buat keluarga.
Bercucuk tanam di kebun merupakan salah satu hobi kami sebagai memenuhi masa lapang setelah selesai kami meluangkan masa mengikuti perkembangan berita dunia dan berita semasa melalui IT. Dengan adanya kawasan persekitaran yang menghijau dan halaman yang luas dan selesa dengan udara segar nyaman di kampung membuatkan kita berasa lebih ceria dan seronok menjalani hari-hari dalam hidup kita.