HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Rabu, 30 September 2009

KEBUN DI PINGGIR HUTAN


@ tiblakedah.blogspot.com

Pada 7 Syawal 1430 bersamaa 26 September 2009, hari raya yang ke Tujuh saya isteri dan anak (Shukri) telah pergi melawat kebun getah tua yang tidak jauh dari rumah. Kami bertolak dari rumah pada jam 10pagi, perjalanan dengan motorsikal memakan masa kira-kira 15 minit dari rumah. Kami menggunakan dua buah motosikal, Shukri membonceng uminya. Jalan yang kami gunakan jalan tanah merah dan ada kalanya berlumpur.

Keadaan kebun boleh tahan, nak kata hutan bukan, nak kata kebun macam hutan , itulah kebun tua peninggalan orang tua untuk isteri saya. Keluasan tanah 1.6 hektar, yang cantiknya ada sedikit dusun buah-buahan, durian, rambutan dan dukung. Di samping itu ada anak sungai yang mengalir di dalam kawasan kebun kami, airnya cukup bersih dan sejuk. Orang Kedah panggil 'carok' kalau tidak silap saya.

Sekiranya anda berminat untuk keluarkan darah (bekam) boleh juga datang ke sini, ada lintah yang sedia menanti anda untuk menghisap darah anda, sekejap sahaja, sudah kenyang lintah pun tanggal. Memang seronok bila berada di sini, dengan udara yang segar dan menceriakan. Kami sempat ambil rebung buloh untuk dibuat gulai daging, pastinya enak. Rebungnya sangat manis dan lembut.

Kami sempat mandi dan melihat anak-anak ikan seluang bermain di kaki kami. Babi dan harimau tidak ada, mungkin belum berjumpa, kami taklah cari. Saya ada cadangan nak buat rumah atap bertiangkan kayu hutan, modal belum cukup.
Mana tahu sekiranya sahabat-sahabat yang ingin berubah angin untuk berehat dalam kawasan yang berdekatan hutan untuk menginginkan suasana kelainan di tempat lain, mungkin akan jadi kenyataan. Tunggulah, bila sudah siap nanti kami jemput anda datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan