HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Isnin, 14 September 2009

BUKIT LALA DAN PENEROKAAN HUTAN

Jalan ke Bukit Larik, laluan penduduk di sini mencari sumber di hutan.
@ tiblakedah.blogspot.com
Kebanyakan penduduk yang tinggal di kampong Bukit Lala Pokok Sena Kedah merupakan peneroka hutan yang gigih. Kegigihan mereka dalam peneroka hutan belantara adalah satu perkara yang patut dibanggakan. Hutan belantara yang begitu tebal bertukar menjadi kampung halaman dan ladang. Kegiatan ini belaku sekitar tahun 50an sebelum merdeka.
Tradisi meneroka hutan untuk kegunaan manusia, tidak dapat dielakkan kerana mempunyai hubung kait yang rapat dengan kepentingan manusia. Selain darpada itu mereka meneroka hutan untuk dijadikan kampong halaman mereka, selain itu mereka begitu gigih meneroka hutan bagi mencari bahan-bahan hutan untuk dijual atau digunakan sendiri.

Pada masa itu keperluan mereka terhadap hutan juga begitu penting dari banyak aspek. Mereka mengambil kayu-kayan di dalam hutan untuk mendirikan rumah, membuat perabot dan sebagainya. Umumnya tumbuh-tumbuhan di hutan adalah sangat penting kepada mereka. Penerokaan hutan telah lama dilakukan dan sehingga kini masih diterusan dilakukan oleh penduduk di sini.

Terdapat beberapa sebab dan kepentigan mereka masuk ke hutan. Penerokaan atau penebangan balak tidaklah merupakan perkara yang penting pada masa lampau. Namun demikian terdapat juga orang berusaha ke arah itu, mereka hanya sekadar untuk membina rumah, tetapi apa bagi mereka ialah untuk mencari damar, rotan, buluh serta akar-akar kayu menangkap ikan dan juga berburu binatang.

Umumnya tujuan mereka ke hutan pada masa dahulu adalah sekadar untuk memenuhi keperluan asas sahaja. Usaha mencari damar yang dilakukan adalah bertujuan untuk mendapatkan cahaya dari damar tersebut. Selain itu bahan tersebut juga boleh dijual untuk kegunaan pembuatan sarung peluru. Semasa zaman penjajahan British dahulu damar dibeli untuk dieksport ke luar negeri.

Selain mencari damar, mereka juga memasuki hutan untuk mencari rotan serta buluh. Rotan pada masa itu bukanlah untuk tujuan industri. Buluh pula digunakan untuk membuat rumah, bubu dan sebagainya. Mereka juga ke hutan untuk mencari petai, jering, umbut. keladi dan sebagainya. Kesemua bahan ini menjadi makanan kepada mereka.

Mereka menganggap hutan sebagai punca untuk mendapatkan bahan-bahan perubatan. Akar-akar kayu dan lain-lain mudah diperolehi dari hutan rimba tempatan. Bahan yang diperoleh dari hutan ini adalah penting kepada mereka untuk ramuan membuat ubat-ubatan tradisional.

Penerokaan penduduk di sini dilakukan bagi tujuan menjerat atau memburu binatang. Berbagai-bagai ikhtiar dilakukan oleh mereka untuk memperolehi sesuatu daripada hutan. Dengan kata lain mereka memang tidak dapat mengelakkan dirinya daripada hutan. Ini termasuk bapa mertua saya Haji Ahmad Hanafiah yang amat suka ke hutan memburu rusa dan pelanduk dengan kawan-kawannya di sini. Boleh dikatakan setiap kali beliau memburu ada saja hasil yang diperolehinya. Minatnya terhadap kegiatan memburu hinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 2004.
Kesimpulanya peneroka hutan belantara ini, manusia memang memerlukan keperluannya untuk hidup. Walau bagamana kita haruslah mempunyai sikap yang bertanggungjawap terhadap hutan, sekiranya kita rakus ia akan memberi kesan buruk terhadap manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan di masa akan datang. Kehijauan, ketenangan dan kedamaian itulah di antara harapan dan kenyataan. Kita jumpa lagi.

"Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya."(Nasihat Luqman Hakim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan