HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Ahad, 6 September 2009

HATI-HATI DI JALAN RAYA

Pandu kereta terang cuaca
Perjalanan jauh arah ke utara
Di jalan raya memandu doa dibaca
Semoga tiba di Kedah selamat sejahtera

Kunci kereta sudah dijumpa
Keluarga tersayang sudah bersedia
Kewajiban zakat fitrah jangan dilupa
Agar puasa tidak menjadi sia-sia


Semasa memandu janganlah alpa
Elak trajidi yang tidak diduga
Bila di kampong yang miskin jangan dilupa
Berilah bantuan jiran tetangga

Balik kampung di Pulau Melaka
Ambil cuti mulai selasa
Sahabat lama ziarahilah mereka
Eratkan persahabatan kekal sentosa

Balik kampong kopek kelapa
Radio digengar siaran berita
Di Bagan Pinang kita berjumpa
Mengharap bulan cerah menyebelahi kita


Tiada ulasan:

Catat Ulasan