@ tiblakedah.blogspot.com
Pernahkah anda membayangkan berada di sebuah rumah di tengah-tengah sawah padi yang menghijau sambil dibelai oleh tiupan angin sepoi-sepoi bahasa yang cukup mendamaikan jiwa. Tidak cukup dengan itu, anda juga dihidangkan dengan masakan kampung seperti masak lemak keladi, ikan puyu goreng berlada, ikan bakar bersama air asam dan juga ulam-ulaman segar.

Bayangkan pula anda bersantap di bawah pohon-pohon merimbun sambil melihat sawah padi yang terbentang luas dan dihiburkan pula dengan kicauan unggas. Sesekali kedengaran pula bunyi air berkocak apabila ikan-ikan di kolam melompat-lompat di gigi air. Pemandangan yang mengasyikkan dan kedamaian yang menanti anda ini bukan khayalan, sebaliknya boleh dinikmati jika anda berada di kawasan sawah padi di sekitar Pokok Sena Kedah.
Bagi warga kota yang tidak pernah merasai engalaman sebegitu, kini anda tidak perlu bayangkannya lagi, sebaliknya boleh merasainya sendiri. Kedamaian itu menanti anda hanya kira-kira 30 minit memandu dari tol Langgar Alor Setar.
Sekiranya ada masa datanglah ke kampong kami, pasti ada kelainan yang anda inginkan, luangkanlah bersama keluarga anda alamilah sendir. Jika anda fikirkan terlalu sibu dengan tugas, sampai bila pun kerja tidak akan selesai, pentingkan juga kesihatan diri anda dan keluarga, berehatlah sementara waktu

Tiada ulasan:
Catat Ulasan