@ tiblakedah.blogspot.com
Keperluan kehidupan itu walaupun perlu ada tetapi biarlah ia berpadanan, berpatutan atau berwajaran dengan kemampuan yang ada. Sekiranya mampu memiliki tetapi janganlah berlaku pembaziran.
Keperluan kehidupan itu walaupun perlu ada tetapi biarlah ia berpadanan, berpatutan atau berwajaran dengan kemampuan yang ada. Sekiranya mampu memiliki tetapi janganlah berlaku pembaziran.
Bekerja dan berusaha bukan sahaja untuk memenuhi keperluan asas tetapi kena bijak merancang kewangan seperti peruntukan untuk pendidikan anak-anak, Di samping itu, kita juga kena beringat bahawa setiap yang Allah beri itu, akan ditanyakan oleh-Nya terutamanya berkaitan harta yang dimiliki, masa, usia dan sebagainya.
Lantaran itu, kita sebagai ibu bapa kini perlulah berusaha menyediakan suasana dan persekitaran rumah yang sesuai atau selesa bagi anak-anak kita. Ini secara langsung, dapat mengelak anak-anak ini mencari keseronokan dan ketenangan di luar rumah.
Perkara pokok yang perlu ada bagi setiap seorang daripada kita ialah belajar untuk menjadi orang yang bersyukur kepada Allah SWT. Malah kita kena percaya dan mengakui bahawa tidak ada sesuatu yang sempurna di dunia ini kecuali-Nya.
Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk menyemarakkan rasa cinta dan kasih dalam sesebuah keluarga iaitu; melaksanakan solat berjemaah, makan bersama, membaca al-Quran, berzikir, beriadah, berpuasa, bergurau senda serta tidak kurang penting iaitu menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid atau surau .
Di samping adanya kemudahaan Teknoloji maklumat di rumah, kita sepatunya menggunakannya untuk mendapatkan ilmu yang berguna termasuk ilmu islam seperti program tazkirah dan kuliah agama. Dengan cara ini kita boleh belajar serta dapat menambahkan ilmu pengetahuan untuk digunakan sebagai benteng menghadapi kehidupan yang kian mencabar kita dalam berkeluarga.
"Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, ramai manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama Takwa, Isinya ialah Iman dan Layarnya adalah Takkal kepada ALLAH." (Nasihat Luqman Hakim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan