HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Rabu, 2 September 2009

HARTA DAN KEHIDUPAN

Keperluan kehidupan itu walaupun perlu ada tetapi biarlah ia berpadanan, berpatutan atau berwajaran dengan kemampuan yang ada. Malah walaupun mampu, adakah ia satu keperluan? Jika tidak perlu tetapi kita tetap mengingininya, lantas dalam konteks agama Islam, di situ sudah berlaku pembaziran.

Hari ini fenomenanya, ramai suami isteri yang dwi kerjaya maka wujud di situ tanggungjawab bersama. Namun tidak lari daripada konsep, isteri berkerja membantu ekonomi keluarga manakala suami tunggak dalam rumah tangga. Oleh itu, resipi yang perlu ada dalam rumah tangga dwi kerjaya iaitu kenalah dilakukan perancangan kewangan bersama.
Bekerja bukan sahaja untuk memenuhi keperluan asas tetapi kena bijak merancang kewangan seperti peruntukan untuk pendidikan anak-anak, pinjaman, tabungan yang semuanya demi keharmonian, kebahagiaan dan kerukunan rumah tangga.
Oleh itu,lelaki atau perempuan masing-masing mempunyai peranan dalam kehidupan di dunia untuk menjayakan wawasan hidup berkeluarga. Di samping itu, kita juga kena beringat bahawa setiap yang Allah beri itu, akan ditanyakan oleh-Nya terutamanya berkaitan harta yang dimiliki, masa, usia dan sebagainya.
Perkara pokok yang perlu ada bagi setiap seorang daripada kita ialah belajar untuk menjadi orang yang bersyukur kepada Allah SWT. Malah kita kena percaya dan mengakui bahawa tidak ada sesuatu yang sempurna di dunia ini kecuali-Nya.
Oleh itu, sebarang masalah, cabaran dan musibah itu adalah lumrah kehidupan. Yang mana perkara-perkara itulah menjadikan suami, isteri dan anak-anak lebih matang dalam melihat sesuatu situasi.


(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Wadi an-Naml", berkatalah seekor semut: Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari. (18) Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. (19)
(Maksud : Surah Al-Naml 27 ayat 18-19)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan