HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Rabu, 23 September 2009

MENCARI KEBERKATAN DALAM HIDUP

Kebanyakan umat Islam kurang memahami erti keberkatan dalam hidup. Lantaran itu terdapat sesetengah daripada kita yang sentiasa berlumba-lumba untuk memiliki kekayaan tanpa menghiraukan halal atau haram. Kekayaan yang dimiliki secara haram atau tidak diredai oleh Allah, tidak akan membantu kita memperoleh keberkatan di dunia dan di akhirat.
Satu daripada ciri keberkatan ialah apabila kita mendapat ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Orang-orang miskin walaupun menderita dan sukar untuk mendapat sesuatu yang dihajati kemungkinan memperolehi kebahagiaan nurani di mana mereka mampu bersabar menghadapi dugaan tersebut. Kepenatan dan kegigihan mereka mencari nafkah hidup secara halal untuk menyara anak-anak dan ahli keluarga diberkati oleh Allah dengan pelbagai cara.
Keberkatan itu mungkin dipertonjolkan dalam bentuk kejayaan selepas mereka menempuh penderitaan hidup atau kejayaan anak-anak sama ada dalam pelajaran atau sebagainya. Islam mengajar umatnya supaya gigih mengharungi cabaran hidup di dunia dan memperkukuhkan kerohanian dengan keimanan. Jika kedua-dua unsur ini digabungkan dalam diri seseorang Muslim maka hidupnya akan sentiasa diberkati oleh Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan