HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Selasa, 1 September 2009

KAYU TERPAKAI

Ramai orang tak percaya kepada kayu terpakai. Bimbang tidak tahan lama, tidak kukuh dan sebagainya. Hakikatnya sifat kayu, lebih kering lebih tahan lama kerana ia lebih keras. Tetapi perlu faham juga ragam kayu berlainan spesies. Bukan semua jenis kayu sesuai dipasang pada semua bahagian rumah.
Kayu terpakai juga, separuh lebih murah berbanding harga kayu baru, sedangkan kayu baru lebih banyak ragamnya kerana belum cukup matang. Kayu terpakai lebih cantik, lebih tahan lama dan lebih murah. Bagi saya ia lebih memberi kepuasan kerana kayu lama banyak kelebihannya, Kayu baru memerlukan masa sekurang-kurangnya 10 tahun untuk kering.
Untuk membina rumah yang lebih tahan lama , kayu lama patut gunakan semula untuk membina rumah daripada kayu terpakai yang berusia lebih 50 tahun daripada spesies merbau, cengal dan balau . Kayu ini amat sesuai untuk membena rumah kayu tradisonal yang selesa dan tahan. Selain itu ia boleh juga dibuat pintu pagar dan pagar mengikut bentuk yang sesuai yang kita inginkan.
Saya masih teringat sebuah buku yang di hadiakan olih Sue, 'RO' seorang staff di MRB Brickendonbury, Heartford semasa saya berkursus di United Kingdom yang berjudul "The English Cottage Garden" karangan Jane Taylor & Andrew Lawson". Buku ini menceritakan tentang taman dan rumah kediaman di kawasan pinggir bandar di United Kingdom.
Bangunan kediaman yang mereka bina kelihatan amat menarik bagi mereka yang berminat rumah kediaman tradisional dengan hiasan taman bunga dan pagar kayu yang mereka bena ratusan tahun usianya yang masih kekal hingga ke hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan