HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Isnin, 31 Ogos 2009

BASIKAL TUA MASIH DIMINITI

Nastolgia - Kenderaan utama tahun 50 - 60an basikal
Jika individu lain berlumba-lumba untuk mendapatkan kereta atau motosikal terkini yang lebih moden, tetapi sekumpulan masyarakat di Kedah lebih gemar memiliki basikal lama.
Di sini basikal lebih dikenali sebagai 'gerek' menjadi pilihan sekumpulan individu sehingga berjaya menubuhkan persatuan yang dikenali Persatuan Gerek Klasik Negeri Kedah.

Bagi pengemar basikal tua mereka sanggup menjelajah ke seluruh negara untuk mencari kelengkapan basikal lama. Kadang-kala mereka terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk mendapatkan kelengkapannya kerana kebanyakannya tidak dijual di pasaran terbuka.

Mereka memerlukan banyak kenalan terutama di kalangan 'orang-orang lama' bagi memudahkan pencarian ini, Ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat ini berada dalam lingkungan umur antara 20 hingga 70 tahun. Kebanyakan ahli Persatuan Gerek Klasik Negeri Kedah memiliki sekurang-kurangnya lima buah basikal klasik yang berharga antara RM2,000 hingga RM3,000 sebuah.
Anak saya yang berumur 10 tahun, Mohd. Shukri mengajukan satu soalan" Jika gajah naik basikal, orang naik apa?". Sila beri jawapan yang paling sesuai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan