HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Sabtu, 8 Ogos 2009

HUJAN LEBAT TANPA HENTI

Hujan turun dengan lebatnya tanpa henti bermula pada waktu subuh pukul lima pagi sehinggalah ke pukul satu petang kemudian di ikuti hujan renyai-renyai hingga ke pukul lima petang, menyebabkan kawasan yang rendah di tengelami air.

Kawasan yang terlibat ialah jalan utama Kuala Nerang dan jalan masuk ke kampung Bukit Lala. Banjir kilat bermula pukul dua petang hingga ke pukul empat petang. Kami kebetulan mengadakan majlis doa selamat selepas solat Jumaat. Ramai tetamu yang kami jemput terkandas dan terpaksa mengharungi air sedalam satu kaki sejauh 200 meter, sebelum sampai ke rumah kami yang terletak dua km dari jalan besar.
Kejadian ini belaku pada hari Jumaat 7 Ogos 2009. Inilah kali pertama banjir kilat berlaku di kawasan kampung kami, ini berkemungkinan projek lebuh raya dari Alor Setar ke Durian Burung sedang dijalankan untuk memberi kemudahaan kepada pengunjung yang akan datangke kawasan bebas cukai yang dibena di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan