HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Isnin, 17 Ogos 2009

TANGKAP IKAN LAGA - SEMPILAI

@ tiblakedah.blogspot.com
Semasa kanak kanak dulu kami suka tangkap Ikan laga di kawasan paya di tepi sungai. Di kampong kami ikan laga lebih popular di sebut sempilai. Warnanya kebiru biruan dengan mata yang juga berwarna biru. Ada satu tanda (dot) hitam dekat badan dia. Saiznya yang kecil dan warna yang sedemikian agak menarik untuk dijadikan ikan peliharaan.

Pada masa ini sempilai boleh didapati dengan banyak kat sawah atau alur alur sungai. Banyak cara untuk tangkap ikan ni. Cara yang biasa kami buat ialah dengan menahan perangkap dimana satu tempurung kelapa atau tin susu diletakkan di kawasan yang selalu dia bermain. Kalau time dia bertelur, ikan sepilai ni akan ada buih (yang terdapat telur dia tu). Dekat buih ni ada sempilai jantan (sempilai jantan lebih cantik dari sempilai betina) yang jaga buih sempilai betina.
Bila kita letakkan tempurung, sempilai tersebut akan tinggal dalam tempurung ini sebagai tempat tinggal mereka , jadi dia akan masuk ke dalam tempurung tersebut.
Biasanya kami letakkan tempurung ini sebelum pergi ke sekolah. Kami akan ambil selepas balik dari sekolah nanti.
Ikan yang telah masuk perangkap tadi akan dibawa pulang dan dimasukkan kedalam botol minuman yang transparent warnanya. Botol itu biasanya kami cari di tempat sampah di kawasan kampung kami. Makanan utama ikan peliharaan ini ialah nyamok atau jentik jentik. Jadi bila bela sempilai , bolehla juga mengurangkan jumlah nyamuk tu. Tapi takder pula yang kena denggi masa tu.

Bila terdapat ramai kawan kawan yang mpunyai ikan laga, timbul satu rasa untuk membandingkan sempilai antara kami. Salah satu acara ialah beradu kekuatan sempilai. Sesuai dengan namanya ikan laga, kami memang gunakannya untuk berlaga. Ikan yang hendak digunakan untuk berlaga perlu lah mempunyai ciri ciri tertentu yang menunjukkan keberaniannya. Selain dari mendapatkan ikan laga yang bersaiz lebih besar dari average, warna ikan yang kehitam hitaman juga dikatakan mempunyai sifat keberanian yang tinggi.


Terdapat juga antara kawan kawan saya yang lebih kreatif menanam botol ikan laga tu tadi kat dalam tanah sampai dua tiga hari sebelum masuk bertanding supaya ikan tu lebih berani. Pada pandangan mereka, ikan yang diletakkan ditempat yang gelap dan tak jumpa sapa sapa, bila keluar saja dari tempat gelap tu tadi, ikan tu akan jadi garang.

Untuk melakukan acara berlaga, dua ekor ikan laga yang nak bertanding akan dimasukkan kedalam botol atau bekas yang lebih besar bagi memberi ruang pada mereka. Ikan akan berlaga bila bertemu antara satu sama lain. Cara dia menyerang adalah dengan menggunakan mulut. Dia akan mematuk dan menggigit pihak lawan sehinggalah salah satu akan mengalah. Istilah kami untuk ikan yang melarikan diri bila kalah ialah .

Sekali seekor ikan kalah, dia tidak akan berlawan dengan mana mana ikan lagi seumur hidupnya. Hukuman untuknya adalah dibuang balik dekat sawah. Saat yang menyeronokkan bila berlaga ikan ialah bila dua dua mempunyai kekuatan yang sama, terdapat adegan bila kedua dua menggigit mulut masing masing macam bercium tu, dan ada yang sampai tercabut bibir dia. Ikan laga akan mengeluarkan satu bunyi “krrr..” bila berlawan yang menambahkan lagi keseronokan kami.

Biasanya tempat diadakan perlawanan sempilai ini di rumah kawan yang banyak membelanya. Masa tu yang saya ingat ialah rumah Osman (Man), kawan sepermainan yang masih ingat ialah Samsuddin Leman, Rosni, Abas, Haris, Halaji, Roslan, Lias, Katan, Dolah dan ramai lagi yang saya tidak ingat. Di antara mereka ada yang jadi guru besar, jurutera, kerani, polis, askar dan ada yang kerja kampung, dah lama kami tak jumpa.
Kalau mereka terbaca kisah ini tentu mereka senyum kerana ada cerita yang menarik yang belaku yang kami masing-masing rasai dan alami. Rupa-rupanya sudah 45 tahun masa itu berlalu, kenangan lama masih mengamit dalam kehidupan di mana ia berlaku di kampong Batu Sepuloh Lekir.
(Tulisan santai)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan