HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Sabtu, 15 Ogos 2009

DENGARLAH RINTIHAN KAMI

@ tiblakedah.blogspot.com
Kejatuhan harga getah yang begitu rendah ketika ini menyebabkan segelintir penoreh getah di kampong kami terpaksa mencari sumber pendapatan lain bagi menampung perbelanjaan harian mereka.

Malah ada di antara mereka yang terpaksa meninggalkan kebun getah yang selama ini menjadi sumber utama dengan mencari pekerjaan sampingan untuk menambahkan pendapatan keluarga.

"Kami akui penoreh getah di kampun kami kini tertekan dengan kejatuhan harga getah yang mendadak dan harganya sukar untuk pulih seperti yang diharapkan" katanya kepada saya.

Tambah abang Ishak, kebanyakan penoreh getah kini keluar mencari kerja sambilan termasuk menjadi pembantu di pasar malam, upah menabur baja di sawah dan upah meracun untuk mencari pendapatan lebih bagi menampung pendapatan. "Kalau mahu tunggu wang hasil torehan, tentulah tidak mencukupi," ujarnya.

"Macam mana penoreh mahu mendapatkan hasil yang lebih buat keluarga kerana ada antara mereka yang sakit dan uzur lagi harga barangan dapur sentiasa naik," katanya. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

CHILDREN OF HEAVEN - TRUE MENING OF LIFE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan