Manusia adalah makhluk unik dan berinovasi. Maka, perubahan adalah suatu kemungkinan yang pasti akan berlaku. Perubahan berlaku seiring dengan peredaran masa kerana kedua-duanya adalah sinonim. Justeru, perubahan itu perlu kepada bimbingan Islam yang berpaksikan wahyu Allah yang juga pembeza antara hak dan batil.
Hal itu bertepatan dengan Islam sebagai addin, yang memberi manusia pandangan dan matlamat hidup jelas. Ia juga sebagai panduan kehidupan manusia untuk menjadi lebih baik dan sempurna. Islam meletakkan asas kukuh bagi manusia mengurus lapangan kehidupannya iaitu ilmu pengetahuan. Ajaran dalam wahyu Allah bertujuan membina, membentuk, mendidik dan membangunkan manusia agar segenap sendi kehidupannya cemerlang di dunia serta mengecapi kebahagiaan di akhirat.
Perubahan yang dikehendaki Islam bersifat manusiawi dan bukan berasaskan kepada kebendaan semata-mata. Manusia yang dibangunkan rohaninya dengan berasaskan inti pati ajaran Islam sebenar akan dapat membantu mengembangkan sumber kemanusiaan dalam dirinya. Ia juga mampu meningkatkan daya produktiviti dari segi kebendaan. Ajaran Islam yang diterjemah dengan berpandukan al-Quran dan sunnah serta diamalkan dalam kehidupan akan menjadikan setiap insan mampu mencerna dan menggerakkan dirinya untuk lebih hampir dengan Penciptanya.
Pandangan hidup yang berakar umbi al-Quran dan sunnah, mampu mengolah dan mencerna nikmat kesejahteraan dan kejayaan sama ada dalam konteks agama, bangsa dan negara. Daripada Ali, katanya, “Aku mendengar Rasulullah bersabda bermaksud: Sesungguhnya akan berlaku kekacauan yang besar.” Aku bertanya: “Apakah caranya untuk menyelamatkan diri daripada bencana itu, ya Rasulallah?” Baginda menjawab: “(Caranya adalah berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah, ia mengandungi kisah perihal umat terdahulu daripada kamu, dan berita perkara yang akan datang sesudah kamu, serta hukum mengenai apa yang berlaku antara kamu.
(Kitab al-Quran) dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar dan yang salah), bukan keterangan olok-olok, sesiapa juga daripada golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut hukumnya), akan dibinasakan oleh Allah, dan sesiapa yang mencari petunjuk selainnya akan disesatkan oleh Allah.
Al-Quran adalah tali Allah yang teguh kukuh, dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan, dan dialah juga siratulmustaqim (jalan yang lurus). Dialah kitab yang dengan sebab berpegung teguh kepada ajarannya, hawa nafsu tidak akan menyeleweng atau terpesong, dan dialah kitab yang kalimahnya tidak akan bercampur aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk, dan ulama pula tidak berasa puas daripada mengkaji isi kandungannya (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang, meskipun ia dibaca berulang-ulang, dan kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan.
Dialah kitab yang menjadikan sekumpulan jin ketika mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya.” (Demikian juga) sesiapa yang memperkatakan sesuatu berdasarkan kitab ini, benarlah perkataannya, dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan pahala, dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukumnya, adillah keputusannya, dan sesiapa berdakwah supaya orang ramai menurut ajarannya, sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah petunjuk ke jalan yang lurus.” – (Hadis riwayat at-Tirmizi dan ad-Darimi).
Masyarakat bertamadun dengan nilai peradaban yang tinggi wajar menepati beberapa ciri berikut:
Pegangan hidup diadaptasikan kepada teras paradigma tauhid dan iman yang kukuh dengan mengimbangkan antara tuntutan duniawi dan ukhrawi;
Pendekatan dalam pengamalan agama berasaskan kepada ajaran agama yang sebenar;
Matlamat hidup dipenuhi dengan memaksimumkan produktiviti atau keuntungan duniawi dan ukhrawi serta tanggungjawab sosial dengan memberi penekanan kepada kejayaan individu, masyarakat, negara dan ummah seluruhnya;
Perjalanan kehidupan berasaskan perpaduan, persaudaraan dan amalan syura diamalkan dengan berpandukan kepada wahyu Ilahi;
Fungsi hidup individu adalah dengan mengabdikan diri kepada Allah dengan menjalankan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah-Nya;
Ganjaran yang diharapkan bersifat lahiriah dan menjadikan kepuasan rohani sebagai jalan untuk mendapat keberkatan dalam hidup dan memperoleh reda-Nya; dan
Falsafah kerja dan hidupnya bersandarkan kepada konsep ibadah dan khalifah agar segala urusan dan sumber rezeki yang diperoleh memenuhi kehendak syariat.
(Koleki : AziziAbdullah)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan