HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Isnin, 24 Ogos 2009

MENANGKAP IKAN DI SITIAWAN

@ tiblakedah.blogspot.com
Menaiki bot menyusuri Sungai hingga ke kawasan laut merupakan pengalaman yang menyeronokkan. Ini kerana selain melihat keindahan alam semula jadi yang menakjubkan, kita dapat melihat aktiviti harian penduduk di kawasan pedalaman yang jarang dapat disaksikan di tempat lain.

Inilah pengelaman kami semasa menyusuri sungai untuk ke laut menangkap ikan bersama abang saya yang tinggal di Sungai Tiram, Lekir Sitiawan. Kebanyakan penduduk Sungai Tiram yang masih berada pada garis sederhana, bekerja sebagai nelayan, mencari kayu bakau, petani dan pekebun sawit. Satu keunikan yang boleh disaksikan di sini ialah kebolehan menangkap ikan untuk dijadikan makanan harian dan selebihnya dijual bagi memperoleh pendapatan.

Sungai Tiram yang belum tercemar dipenuhi habitat pelbagai spesies ikan air laut yang lumayan harganya jika dipasarkan di pekan. Restoran di pekan Sitiawan dan Manjung mendapat permintaan yang tinggi untuk ikan laut dan udang samping menu yang lain.

Ikan yang dijual terdiri daripada bawal, tenggiri, sembilang dan udang galah yang ditangkap menggunakan alat tradisional seperti jaring, pukat dan jala. Nelayan di sini keluar mencari ikan di laut pada awal pagi dan petang. Mereka menahan jaring di samping menjala dan ada juga yang memancing.

Seorang penduduk Kampung Parit Chee Leong, Jamiron 58, berkata, menangkap ikan laut merupakan sumber pendapatan penduduk di Sungai Tiram, Sitiawan sejak zaman dahulu lagi. "Kami menangkap ikan untuk keperluan makanan keluarga dan selebihnya dipasarkan ke pekan Sitiawan dan Manjung " kata- nya.

Penduduk Kampung Tanjung Kepah, Pak Hassan, 65 berkata, sesetengah nelayan yang berkemampuan menggunakan bot berenjin 45 dan 55 kuasa kuda menyusuri laut sejauh 20 kilo meter untuk menangkap ikan.

Harga ikan laut di kawsan laut Tanjung Kepah kini melonjak selepas kenaikan harga minyak dan permintaan tinggi daripada orang ramai serta pengusaha calet Telok Batik di Daerah Manjung. Bagi ikan hidup, ia dijual antara RM30 hingga RM70 sekilogram. Kadang kadang harganya boleh turun akibat permainan orang tengah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan