HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Ahad, 27 September 2009

PERCUTIAN KE PULAU PANGKOR

Kehidupan di bandar sememangnya memenatkan. Apa tidaknya masallah kesesakan lalulintas terpaksa dihadapi apabila pergi ke tempat kerja. Masa ke tempat kerja amatlah meletihkan dan membosankan. Ini adalah Sebagai ganjaran pada diri sendiri. Bercuti atau melancung ke pulau yang banyak terdapat di perairan negara ini kini menjadi trend bagi warga kota untuk menyegarkan fikiran akibat beban kerja.
Memang benar, pemandangan indah dan suasana damai di pulau adalah ‘spa’ terbaik untuk memulihkan semula semangat selepas sekian lama terperangkap dalam kesibukan. Namun kebebasan tanpa kerenah pejabat dan deringan telepon boleh membuatkan masa begitu pantas berlalu. Sehari dua di pulau sekadar cukup, tetapi tidak pernah memuaskan.
Untuk percutian yang lebih lama, kos pula perlu difikirkan. Tetapi bagi yang lebih mengutamakan masa berbanding keselesaan penginapan (mengikut taraf atau bintang), tempoh percutian pasti dianjak. Untuk percutian lebih lama, persinggahan ke Pulau Pangkor di Lumut Perak mungkin pilihan penginapan yang tepat.

Dari jeti Lumut , kita menaiki bot dan akan terus membawa kita ke Pulau Pangkor. Keindahan di Pulau ini yang bersih, redup dipenuhi pokok-pokok kelapa dan hutan rendang membuatkan hati tidak sabar untuk berehat melepaskan penat dilambung ombak seketika lalu.

Selain itu, tarikan yang terletak di pulau ini membuatkan kita ingin melanjutkan penginapan sehingga berminggu-minggu, terutama pelancong luar Negara. Keselesaan tinggal di situ juga dilengkapkan dengan pusat selam, Internet, kedai runcit, perkhidmatan dobi, pakej snorkeling dan juga aktiviti rekreasi lain.

Makan malam di restoran yang dikelilingi pokok dengan irama desiran ombak memberikan pengalaman yang cukup tenang dan menyeronokkan. Jika kita ingin bersiar di pulau ini kenderaan sewa disediakan, sama ada naik van secara berkumpulan, atau sewa motor secara bersendirian mengelilingi kawasan pulau, terpulang kepada anda. Yang pastinya ia dapat menjanjikan percutian yang terbaik buat keluarga anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan