HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Khamis, 3 September 2009

MEMULIHKAN 'MOOD' YANG TELAH HILANG

Seorang kawan memberitahu saya dia mempunyai ‘penyakit’ malas atau tidak bersemangat untuk bekerja. Lebih-lebih lagi selepas bercuti panjang. Dia sering mengadu pada saya, kenapa dia selalu tidak bersemangat untuk bekerja?. "Kenapa apabila tiba saja pagi Isnin, badan terasa begitu lemah dan tidak bermaya untuk datang ke pejabat?" katanya. Dia terpaksa ambil cuti sakit atau cuti kecemasan.

Pekara ini sering berlaku, memang kebanyakan daripada kita mengalami masalah ini sebenarnya. Ramai diantara kita yang masih terbawa ‘mood’ bercuti sehingga rasa malas untuk bekerja semula.
Baiklah, bagi membantu anda yang ada masalah tidak bersemangat untuk bekerja setelah bercuti panjang terutamanya bila balik kampung. Maka, dalam tulisan kali ini, saya akan berkongsi dengan anda beberapa tips yang boleh anda amalkan untuk membangkitkan semula semangat bekerja setelah lama bercuti.

• Sebelum masuk tidur, sediakan segala keperluan atau peralatan (dokumen, laporan, nota dan sebagainya) yang hendak anda bawa ke pejabat keesokan harinya. Sediakan siap-siap pakaian dan seluar yang anda akan pakai, kasut, beg dan sebagainya yang berkaitan dengan kerja pada malam sebelum hari bekerja. Sediakan semua barang keperluan itu selengkapnya. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan anda jadi kelam kabut pada pagi esoknya.

• Set kan ‘alarm’ pada handphone atau kunci jam loceng lebih awal daripada hari biasa. Bangunlah awal supaya anda mempunyai masa yang mencukupi untuk mandi, solat, bersolek dan bersarapan. Dan pastikan bunyi jam loceng anda tu jelas kedengaran.

• Untuk yang lebih baik sebelum tidur berniat untuk bangun awal dan menyerjakan solat berjamaah dan untuk datang kerja awal selain mengelakan jalan sesak , kerana kesesesakan di jalan raya boleh menganggu kelancaran tumpuan anda berkerja. Jika anda selalu amalkanya insyaAllah anda tida perlu lagi jam loceng di mana saja anda ditugaskan.

• Sediakan sebuah buku ‘Log book’ (petua ketua saya yang masih saya gunakan hingga sekarang) catatkan semua kerja atau tugasan yang perlu anda lakukan keesokan harinya. Senaraikan aktiviti-aktiviti penting tersebut di dalam buku catatan anda. Anda boleh membawa senarai tugasan dan catatan aktiviti tersebut ke mana-mana saja anda pergi nanti. Teknik tulis dan catat senarai tugasan seperti ini sebenarnya mampu mengurangkan bebanan yang ada dalam fikiran anda dan ia mampu membuatkan otak anda menjadi cerdas dan segar.

• Jalinkan hubungan baik dengan semua kawaan sekerja dan anggaplah kita berkerja dalam satu keluarga atau ‘team work’. Elakan diri anda berkerja semata-mata hanya datang untuk mengambil wang gaji. Anda akan mengalami kekecewa akhirnya. Rezeki yang halal membawa berakah.

• Jika penat semasa berkerja di pejabat atau terlalu lama menggunakan komputer, cuba berehat seketika dan pandang kehijauan pokok-pokok yang ada di persekitaran pejabat anda, agar dapat memulihkan kerehatan mata dan menghilangkan kebosanan.
Sekian, saya kira itulah 6 tips yang boleh saya kongsikan bagi membantu anda untuk lebih bersemangat dan lebih ceria setelah sekian lama bercuti. Selamat berkerja, dunia ini cobaaaan, semogga anda ceria-ceria selalu dan jumpa lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan