HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Khamis, 1 Oktober 2009

ALANGKAH INDAHNYA

Pergi bersiar menyeberang titi
Titi diperbuat dari buloh
Kerja dibuat sesuka hati
Bila Audit datang badan berpeluh

Air sungai jernih airnya
Ikan berenang betali arus
Bolehkah saya tumpang bertanya
Diberi pangkat kerja tidak terurus

Berenang-berenag ketepian
Penat dan letih jangan bicara
Masa di pejabat jangan kesepian
Angaplah rumah jangan penjara

Mandi di sungai memerhati ikan
Ikan sepat disambar haruan
Jika tugas tidak diberi tumpuan
Kehidupan di dunia tidak ketahuan

Membasuh di sungai terlalu lama
Pakaian diangkut dengan baldi
Kehidupan di dunia tidaklah lama
Akhirat jua kekal abadi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan