HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Selasa, 13 Oktober 2009

KANDUNGAN PLUMBUM DALAM BUAH KERING

Kementerian Kesihatan hari ini menjelaskan bahawa 18 produk buah kering yang didapati mengandungi plumbum tinggi oleh pihak US Food and Drug Administration (USFDA) tidak diharamkan pengimportannya di Malaysia.

Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan kementerian, Noraini Mohd. Othman berkata, penjelasan dibuat berikutan beberapa laporan media mengenai isu pengharaman produk berkenaan 9 Okt. lepas.

"Pihak Kementerian Kesihatan sedang mengambil tindakan dengan meletakkan pemeriksaan Tahan, Uji dan Lepas dalam Sistem Maklumat Keselamatan Makanan (FoSIM) untuk kesemua produk itu di semua pintu masuk negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menerusi pemeriksaan itu, katanya, produk berkenaan akan ditahan dan sampel akan diambil untuk menganalisis tahap ketinggian plumbum sebelum dibenarkan masuk ke negara ini.

Beliau berkata, produk itu hanya dibenarkan masuk jika analisis kandungan plumbum mematuhi paras maksimum dibenarkan iaitu mengikut Peraturan 38, Peraturan-peraturan Makanan 1985. - Bernama
(Utusan: 12102009)
  • Tiada ulasan:

    Catat Ulasan