HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Ahad, 11 Oktober 2009

KAMI LIHAT HIJAU

Keputusan N31 sudah diumumkan
Undi yang diterima bukanlah penyeksaan
Terima kasihlah pengundi kami diucapkan
Sabar dan istikomah kunci kejayaan

Katak melompat di atas kerusi
Kerusi terjatuh menghempap gelas
Bila rakyat mulai sangsi
Tak ada beban batu digalas


Menag jadi abu kalah jadi arang
Lempar ke air mengotorkan sungai
Buat khianat jangan sebarang
Bala yang datang berbagai-bagai


Hutan diteroka alasan pembangunan
Pembangunan dikaut untung jutaan
Rakyat bawahaan jadi kempunan
Khidmat yang buruk jadi sebutan


TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENGUNDI, PETUGAS, PENYOKONG DAN SEMUA YANG TERLIBAT SEMASA PRK-N31.
"Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar."
Khalifah ‘Umar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan