HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Rabu, 28 Oktober 2009

DARI PONDOK YANG UNGSANG

Kami jarang keluar Bandar
Tapi kami tahu jua berita
Sama ada orang yang bercerita
Dari masyarakat atau dari dada akhbar
Bukan semua yang kami telan begitu saja

Akhir-akhir ini
Kami suka baca tentang benda yang Runtuh
Entah kenapa?
Apa tidaknya, pekara yang pelik kerap belaku
Di zaman manusia yang tinggi pelajarannya
Tentu ada yang tidak kena

Apa tidaknya
Tidak semena-mena
Stadium yang baru dibena runtuh
Bangunan baru runtuh
Siling pejabat runtuh
Masjid baru dibena juga runtuh
Yang terbaru murid sekolah terbunuh
Akibat jambatan kampong runtuh

Kami tidak punya kelayakan
Untuk menilainya
Kami cuma tinggal di pondok yang ungsang
Pelajaran kami taklah berapa tinggi
Tetapi kenapa mereka yang belajar tinggi
Sanggup buat begitu
Atau ada benda lain yang boleh dipersoalkan

Ada yang kata moral mereka telah runtuh
Atau biarlah yang menanggungnya
Asalkan mereka boleh cepat kaya raya
Atau mereka yang kebal masih berkuasa
Kami pun curiga suatu masa nanti
Tentang pondok kami yang ungsan ini
Adakah mereka akan runtukkan jua

Demi kemajuan untuk rakyat yang didahulukan
Atau pun hanya mereka
Yang hanya dahagakan Kebendaan
Sangup menindas kami
Yang tidak punya pengetahuan yang luas
Dimanakah kami harus menggadu
Atau kami tukar pemimpin yang ada

Kerana dahulu pun
Mereka datang berjumpa kami
Tidak kira masa siang dan malam
Apabila mereka mahu jadi pemimpin
Semunya boleh mereka berikan
Asalkan pembangkang jangan dimenangkan

Inikah balasannya YB
Kami pun ada harga diri
Di pondok ungsang ini juga
Kami semua boleh buat keputusan

Itulah yang patut kita fikirkan
Untuk rakyat pasti didahulukan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan