HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Isnin, 5 Oktober 2009

BERI SALAH TAK BERI KALAH

Siakap senohong
Gelama ikan duri
Bercakap selalu bohong
Akhirnya menjerat diri

Ke Bagan Pinang datang berniaga
Tiba di sana tolong pegang bendera
Jalan kebenaran pasti diduga

Agar rakyat tidak didera

Pergi ke kebun kait kelapa
Masa balik kutip sayur petola
Runtuh bangunan bertimpa-timpa
Akibat rasuah bermaharaja lela

Pergi beraya di rumah Dolah
Rumahnya besar tepi sekolah
Beri salah tak beri kalah
Jadi pemimpin yang bermasaalah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan